Eksperimen 4.1 – Kesan Tekanan Akar terhadap Pengangkutan Air:
Pernyataan masalah
Apakah kesan tekanan akar terhadap pengangkutan air?
Tujuan
Mengkaji kesan tekanan akar terhadap pengangkutan air
Hipotesis
Daya tekanan akar membantu menggerakkan air dari dalam tanah ke pucuk.
Bahan
Pokok keembung segar dalam pasu, jeli petroleum
Radas
Pisau, tiub getah, kaki retort dan pengapit, pen penanda, manometer air
Prosedur
1. Siram pokok keembung di dalam pasu dan simpan semalaman.
2. Keesokan harinya, kerat batang pokok keembung 5 cm dari permukaan tanah.
3. Dengan menggunakan tiub getah, sambungkan hujung keratan batang pokok keembung ke manometer. Pastikan sambungan adalah kemas.
4. Sapu bahagian sambungan dengan jeli petroleum untuk memastikan sambungan adalah kedap udara.
5. Tandakan aras awal air di dalam lengan manometer.
6. Tinggalkan radas selama 30 minit.
7. Perhatikan perubahan aras air di dalam lengan manometer.
Perbincangan
1. Apakah kepentingan menyiram air pada pokok keembung di dalam pasu sebelum eksperimen dijalankan?
2. Bandingkan keupayaan air di dalam sel akar dengan keupayaan air di dalam tanah.
3. Apakah kesan perbezaan antara keupayaan air dalam sel akar dengan keupayaan air di dalam tanah?
4. Mengapakah tekanan akar diperlukan oleh tumbuhan?
Kesimpulan
Adakah hipotesis tersebut diterima? Cadangkan satu kesimpulan yang sesuai
Jawapan:
1. Memastikan akar dapat menyerap air dan garam mineral dari tanah sepanjang malam.
2. Kepekatan sap sel adalah lebih tinggi berbanding air tanah. Keupayaan air di dalam sel akar adalah lebih rendah daripada keupayaan air di dalam tanah.
3. Air meresap secara osmosis dari tanah ke dalam sel-sel akar.
4. Tekanan akar dihasilkan oleh perbezaan keupayaan air yang membolehkan air meresap secara osmosis dari dalam tanah merentasi sel-sel rambut akar, sel-sel korteks, sel-sel endodermis dan perisikel seterusnya ke dalam salur xilem akar untuk diangkut ke seluruh bahagian tumbuhan. Air diperlukan oleh tumbuhan untuk menjalankan fotosintesis tumbuh segar.