Eksperimen 4.2 – Kesan Tarikan Transpirasi terhadap Pengangkutan Air:
Pernyataan masalah
Apakah kesan tarikan transpirasi terhadap pengangkutan air?
Tujuan
Mengkaji kesan tarikan transpirasi terhadap pengangkutan air
Hipotesis
Tarikan transpirasi menggerakkan air dari akar ke daun.
Bahan
Tumbuhan berdaun dan berakar, air, minyak masak, jeli petroleum
Radas
Botol dengan bukaan di tepi, tiub sisi, gabus, pen penanda
Prosedur
1. Sambungkan botol dengan tiub sisi seperti dalam Rajah 4.11.
2. Isikan botol dengan air.
3. Titikkan beberapa titis minyak masak ke permukaan air di dalam tiub sisi.
4. Dengan berhati-hati, masukkan batang tumbuhan berakar pada lubang gabus.
5. Sapukan jeli petroleum pada sambungan batang tumbuhan dan gabus untuk memastikannya kedap udara.
6. Tutup mulut botol menggunakan gabus dengan akar tumbuhan terendam sepenuhnya di dalam air. Kemudian, sapukan jeli petroleum pada sambungan ini untuk memastikannya kedap udara.
7. Tandakan aras air awal dalam tiub sisi menggunakan pen penanda.
8. Letakkan radas di bawah cahaya matahari selama 30 minit.
9. Perhatikan perubahan aras air di dalam tiub sisi.
Perbincangan
1. Nyatakan keperluan memasukkan minyak masak di permukaan air di dalam tiub sisi.
2. Apakah inferens yang dapat dibuat daripada eksperimen ini?
3. Jika eksperimen ini diulang dengan mengurangkan bilangan lamina daun pada tumbuhan, ramalkan pemerhatian yang dapat diperhatikan terhadap aras air dalam tiub sisi. Jelaskan jawapan anda.
Kesimpulan
Adakah hipotesis tersebut diterima? Cadangkan satu kesimpulan yang sesuai.
Jawapan:
1. Mengelakkan kehilangan air melalui sejatan dari permukaan air.
2. Daun membebaskan wap air melalui transpirasi ke persekitaran. Akar akan menyerap air di dalam botol bagi menggantikan air yang tersejat.
3. Penurunan aras air di dalam tiub sisi berkurangan. Kadar transpirasi berkurang kerana pengurangan bilangan lamina daun yang mengurangkan bilangan stoma.