Eksperimen 4.5 – Keberkesanan Tumbuhan Fitoremediasi dalam Pengawalan Pencemaran Tanih:
Pernyataan masalah
Adakah tumbuhan fitoremediasi berkesan dalam pengawalan pencemaran tanih?
Tujuan
Mengkaji keberkesanan tumbuhan fitoremediasi dalam pengawalan pencemaran tanih.
Hipotesis
Akar pokok kangkung berupaya menyerap nutrien seperti ammonia dalam tanah.
Pemboleh ubah
Pemboleh ubah dimanipulasikan: Kehadiran pokok kangkung
Pemboleh ubah bergerak balas: Kandungan ammonia dalam tanah pada akhir eksperimen
Pemboleh ubah dimalarkan: Jisim tanah hitam
Bahan: Pokok kangkung, 5 kg sisa makanan, 50 ml larutan kalium klorida 2 M, bikar 100 ml, bekas plastik, 5 kg tanah hitam, air suling, kit ujian ammonia
Radas: Ketuhar
Prosedur
1. Ratakan 5 kg tanah hitam supaya membentuk lapisan nipis di atas sehelai plastik dan keringkan menggunakan ketuhar.
2. Masukkan 2.5 kg tanah hitam ke dalam bekas plastik dan labelkan sebagai bekas A.
3. Masukkan baki tanah hitam 2.5 kg ke dalam satu lagi bekas plastik dan labelkan sebagai bekas B.
4. Tentukan kandungan ammonia di dalam tanah di dalam bekas A dan B:
(a) Masukkan 7 g tanah hitam dari bekas A dan B ke dalam kelalang kon yang berbeza.
(b) Campurkan 50 ml larutan kalium klorida 2 M ke dalam dua kelalang kon yang berbeza dan goncangkan.
(c) Turas campuran tersebut ke dalam bikar 100 ml.
(d) Masukkan 20 ml air suling ke dalam hasil turasan.
(e) Tentukan kepekatan ammonia di dalam hasil turasan menggunakan kit ammonia.
5. Gaulkan 2.5 kg sisa makanan dengan campuran tanah di dalam bekas A supaya sekata campurannya.
6. Ulangi langkah 5 untuk campuran tanah di dalam bekas B.
7. Pindahkan 20 batang anak kangkung ke dalam bekas A, manakala bekas B dibiarkan tanpa pokok kangkung sebagai radas kawalan.
8. Letakkan bekas A dan B di kawasan yang panas tetapi terlindung daripada hujan.
9. Siram bekas A dan B setiap hari selama dua minggu dengan kuantiti air yang sama banyak.
10. Selepas 2 minggu, ulangi langkah 4 untuk menguji kandungan ammonia di dalam bekas A dan bekas B.
11. Rekodkan bacaan akhir ammonia dalam jadual keputusan.
Keputusan
Perbincangan
1. Apakah keperluan mengeringkan sampel tanah sebelum eksperimen dijalankan?
2. Apakah signifikan penggunaan kangkung dalam eksperimen ini?
Kesimpulan
Adakah hipotesis tersebut diterima? Cadangkan satu kesimpulan yang sesuai.
Jawapan:
Keputusan:
Perbincangan
1. Menghilangkan kandungan air untuk mendapatkan jisim kering tanah
2. Merawat tanah dengan menyerap ammonia dari dalam tanah