Soalan 1:
Nyatakan faktor yang terlibat dalam laluan air dan garam mineral dari tanih ke daun.
Jawapan:
Tekanan akar,tindakan kapilari (daya lekatan dan daya lekitan) di dalam xilem dan tarikan transpirasi.

Soalan 2:
Berikan definisi gutasi dan nyatakan kepentingannya.
Jawapan:
Gutasi ialah rembesan titisan air melalui struktur khas di bahagian hujung urat daun tanpa melibatkan bahagian stoma akibat tekanan akar yang tinggi. Gutasi dapat mengekalkan tekanan akar yang efektif. Oleh itu, lebih banyak air dan garam mineral dapat diserap oleh akar.

Soalan 3:
Apakah perbezaan antara gutasi dengan transpirasi?
Jawapan:
• Gutasi berlaku pada waktu malam dan awal pagi manakala transpirasi berlaku pada waktu siang yang panas dan berangin.
• Gutasi berlaku dalam tumbuhan herba manakala transpirasi berlaku dalam semua tumbuhan.
• Gutasi membebaskan titisan air manakala transpirasi membebaskan wap air.
• Gutasi berlaku melalui struktur khas di bahagian urat daun manakala transpirasi berlaku melalui stoma.
• Gutasi berlaku apabila tekanan air tinggi manakala transpirasi dikawal oleh pembukaan dan penutupan stoma.

Soalan 4:
Dalam keadaan panas dan berangin, proses penyerapan air oleh akar dan pengangkutan air di dalam xilem menjadi lebih cepat.
Adakah anda bersetuju dengan pernyataan ini? Wajarkan.
Jawapan:
Setuju. Penyejatan air secara transpirasi meningkat menyebabkan tarikan transpirasi meningkat.