Soalan 1:
Nyatakan definisi translokasi.
Jawapan:
Proses pengangkutan bahan-bahan organik sepertisukrosa, asid amino dan hormon di dalam floem dari daun ke bahagian lain tumbuhan.

Soalan 2:
Apakah peranan translokasi kepada tumbuhan?
Jawapan:
Translokasi membantu tumbuhan untuk mengangkut hasil fotosintesis dari daun ke bahagian lain tumbuhan untuk pertumbuhan dan respirasi seperti akar, buah, hujung pucuk atau bunga yang sedang berkembang. Selain itu, translokasi juga mengangkut hasil fotosintesis yang berlebihan ke bahagian tumbuhan seperti rizom, umbisi dan bebawang.

Soalan 3:
Bagaimanakah translokasi berlaku dari daun tumbuhan ke akar? Huraikan.
Jawapan:
Sukrosa diangkut secara aktif ke dalam tiub tapis. Pengangkutan sukrosa ke dalam tiub tapis melalui sel rakan daripada sel daun akan mengurangkan keupayaan air di dalam tiub tapis. Hal ini menyebabkan air dari xilem meresap masuk ke dalam tiub tapis secara osmosis. Peresapan air ini meningkatkan tekanan hidrostatik di dalam tiub tapis. Peningkatan tekanan hidrostatik menyebabkan kandungan floem ditolak sepanjang tiub tapis sehingga ke organ tumbuhan yang lain. Kandungan floem (sukrosa) akan diangkut daripada tiub tapis ke dalam bahagian seperti batang, akar, pucuk, buah dan umbisi melalui pengangkutan aktif. Keupayaan air yang tinggi di floem akan mengakibatkan resapan air kembali ke dalam xilem secara osmosis.

Soalan 4:
Bandingkan kepekatan sukrosa di dalam sel daun dengan tiub tapis. Apakah kesan perbezaan tersebut?
Jawapan:
Kepekatan sukrosa di dalam sel daun adalah lebih tinggi berbanding di dalam tiub tapis. Tekanan hidrostatik di dalam tiub tapis meningkat, menyebabkan kandungan floem (sukrosa) bergerak ke tiub tapis secara aktif.

Soalan 5:
Bagaimanakah translokasi mempengaruhi hasil tuaian pokok?
Jawapan:
Proses translokasi yang cekap dari daun ke organ simpanan seperti buah akan meningkatkan saiz buah atau umbisi.