Praktis Sumatif 1 (Soalan 7 & 8) – Biologi Tingkatan 4 (KSSM) Bab 1


Soalan 7:
Kemunculan Revolusi Industri 4.0 sudah mula mengubah cara kita bekerja dan cara hidup kita. Pelbagai industri kini mengalami perubahan mendadak dan sekali gus mengubah bentuk pekerjaan yang berkaitan. Pada pendapat anda, apakah kesan Revolusi Industri 4.0 terhadap kehidupan harian? Wajarkan pendapat anda.


Jawapan:
Beberapa kesan Revolusi Industri 4.0 terhadap kehidupan harian.

• Kecerdasan Buatan (Artificial Intelligence) atau AI. Menerusi AI, sesuatu sistem dihasilkan untuk mempelajari persekitaran dan menjadi pemacu kepada hubungan antara manusia, peralatan fizikal dan dunia digital.

• Teknologi Pemprosesan Awan dalam penyimpanan dan pemprosesan data, yang menghubungkan deria pintar pada peralatan dengan sambungan internet, Sekuriti Siber bagi melindungi data dan meminimumkan risiko dan cetakan 3D yang memudahkan pembangunan prototaip.


• Teknologi Robotik Automasi pula berkeupayaan untuk beroperasi dalam persekitaran kerja yang sama seperti manusia.

• Realiti Maya yang dapat menyediakan maklumat visual secara maya, Realiti Berperantara yang menggabungkan dunia fizikal dengan dunia maya serta Analisis Data Besar yang menggunakan data dikumpul untuk penyediaan perkhidmatan dan melakukan unjuran yang lebih tepat.

Soalan 8:
Sekiranya anda diberi satu tugasan oleh guru anda untuk mengumpul maklumat tentang perkembangan teknik kultur tisu di Malaysia, cadangkan langkah-langkah yang perlu diambil untuk menyiapkan tugasan anda.


Jawapan:
(a)
Langkah pertama ialah mendapatkan maklumat tentang teknik kultur tisu. Ini boleh dilakukan dengan:
• melayari laman web
• merujuk bahan cetakan seperti jurnal atau rujukan elektronik
• membuat lawatan ke universiti tempatan atau institusi penyelidikan untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan.


(b) Daripada maklumat yang diperoleh, data tentang cara penghasilan satu pokok baharu daripada satu sel terpilih, misalnya pokok orkid, dapat dikumpulkan.

(c) Satu laporan disediakan. Laporan tersebut mengandungi kaedah penanaman secara kultur tisu berserta grafik yang menarik dan perbincangan tentang bagaimana teknik itu dilakukan. Isu terkini tentang teknik ini juga dibincangkan.

Leave a Comment