Soalan 1:
Rajah 1 menunjukkan ekosistem paya bakau yang mengalami kesan-kesan buruk akibat pencemaran air.
(a) Nyatakan kelas tumbuhan paya bakau berdasarkan habitatnya.
(b) Nyatakan masalah-masalah yang dihadapi oleh tumbuhan paya bakau dan terangkan ciri adaptasi untuk mengatasi masalah-masalah tersebut.
(c) Tumpahan minyak memberi kesan buruk terhadap pertumbuhan pokok bakau. Ramalkan kesan yang akan berlaku kepada pokok bakau. Terangkan jawapan anda.
(d) Pada pendapat anda, bolehkah pokok bakau hidup di habitat air tawar? Berikan alasan jawapan anda.
Jawapan:
(a) Tumbuhan halofit.
(b)
Masalah dan penyesuaian pokok bakau.
• Hidup dalam tanah yang lembut dan berlumpur. Bagi mengatasi masalah ini, akar pokok bakau bercabang luas bagi memberi sokongan
• Tanah yang menakung air dan kandungan oksigen yang rendah. Pokok bakau mempunyai akar pernafasan yang tumbuh tegak di atas permukaan tanah yang disebut sebagai pneumatofor. Pada akar yang disebut sebagai lentisel ini terdapat banyak liang yang membenarkan pertukaran gas dengan atmosfera.
• Menerima keamatan cahaya matahari yang tinggi. Daun yang ditebali dengan kutikel dan stoma yang terbenam bagi mengurangkan kehilangan air ke persekitaran.
(c)
Minyak akan menyebabkan lentisel tersumbat, dapat menyebabkan kematian pokok bakau kerana tidak mendapat bekalan oksigen yang cukup untuk akar menjalankan respirasi.
(d)
Pokok bakau dapat hidup di dalam habitat air tawar. Pokok bakau tidak memerlukan air masin untuk terus hidup.