Praktis Formatif 11.1 – Biologi Tingkatan 5 (KSSM) Bab 11


Soalan 1:
Apakah yang dimaksudkan dengan baka tulen?

Jawapan:
Baka tulen bermaksud genotip organisma berada dalam keadaan homozigot; sama ada homozigot dominan atau homozigot resesif. Baka tulen membawa dua alel yang sama untuk suatu ciri.

Soalan 2:
Dalam kacukan antata dua ekor tikus, B mewakil alel dominan bagi bulu hitam. manakala b mewakili alel resesif bagi bulu putih. Hasil kacukan ialah ¼ BB : ½ Bb : ¼ bb. Apakah warna bulu dan genotip induknya?

Jawapan:
Kedua-dua induk mempunyai bulu berwarna hitam dengan genotip Bb.

Soalan 3:
Katakan alel bagi tinggi diwakili oleh simbel T dan alel bagi kerdil diwakili cleh simbol L Apakah genotip dan fenotip hasil kacukan antara polok tinggi dengan pokok keddil jika kedua-duanya merupakan baka tulen?

Jawapan:
Semua anak mempunyai fenotip tinggi dengan genotip Tt

Leave a Comment