Praktis Sumatif 11 (Soalan 3) – Biologi Tingkatan 5 (KSSM) Bab 11


Soalan 3:


Pada sejenis lembu, muka puth dan tanduk panjang merupakan trait yang dominan terhadap muka hitam dan tanduk pendek seperti yang ditunjukkan dalam Gambar foto 1. Seorang penternak bercadang untuk menternak semua lembu muka putih dan tanduk panjang di ladang ternakanma. Namun sebelum liu, dia perlu memastikan bahawa lembu Jantan dan lembu betina yang dimlikinya ialah baka tulen. Sebagai seorang ahli genetik, bagaimanakah anda dapat membantu penternak tersebut untuk mengenal pasti sama ada lembu tersebut merupakan baka tulen atau hibrid?


Jawapan:
• Katakan W mewakili alel dominan untuk muka putih, w mewakili alel resesif untuk muka hitam, L mewakili alel dominan untuk tanduk panjang dan l mewakili alel resesif untuk tanduk pendek.

• Fenotip muka putih dan tanduk panjang akan mempunyai genotip W_L_.

• Genotip induk baka tulen bagi muka putih dan tanduk panjang ialah WWLL.

• Untuk memperoleh anak baka tulen, anak tersebut perlu menerima gen yang serupa daripada kedua-dua induknya.

• Untuk mengetahui genotip induk, induk perlu dikacukkan dengan lembu baka tulen bergenotip homozigot resesif, iaitu lembu muka hitam dan tanduk pendek (wwll).




Kacukan 1
Jika induk baka tulen (WWLL), kacukan dengan baka tulen homozigot resesif akan menghasilkan semua anak generasi F1 muka putih dan tanduk panjang. WWLL x wwll menghasilkan anak dengan genotip WwLl (semua muka putih dan tanduk panjang).

Kacukan 2
WWLl x wwll menghasilkan anak dengan genotip WwLl (muka putih dan tanduk panjang) dan Wwll (muka putih dan tanduk pendek).

Kacukan 3
WwLL x wwll menghasilkan anak dengan genotip WwLl (muka putih dan tanduk panjang) dan wwLl (muka hitam dan tanduk panjang).


Kacukan 4
WwLl x wwll menghasilkan anak dengan genotip WwLl (muka putih dan tanduk panjang), Wwll (muka putih dan tanduk pendek), wwLl (muka hitam dan tanduk panjang) dan wwll (muka hitam dan tanduk pendek).

• Maka, berdasarkan hasil kacukan yang telah dibuat, penternak tersebut tidak boleh memilih induk yang telah digunakan dalam kacukan 2, 3 dan 4 kerana kacukan-kacukan tersebut telah menghasilkan pelbagai fenotip anak.

• Induk yang paling sesuai untuk mendapatkan semua anak lembu muka putih dan tanduk panjang ialah induk daripada kacukan 1 kerana hasil kacukan menunjukkan bahawa induk ialah baka tulen

Leave a Comment