Praktis Formatif 7.1 – Biologi Tingkatan 4 (KSSM) Bab 7


Soalan 1:
Berikan lima contoh keperluan tenaga dalam proses metabolisme.

Jawapan:
• Pengekalan suhu badan pada suhu optimum iaitu 37 °C.

• Pengecutan otot untuk membolehkan pergerakan.

• Pembahagian sel iaitu sel baharu dihasilkan untuk pertumbuhan dan perkembangan.

• Penyerapan makanan tercerna menerusi pengangkutan aktif.

• Sintesis lipid, hormon, protein dan enzim.

Soalan 2:
Nyatakan substrat utama dalam penghasilan tenaga.

Jawapan:
Karbohidrat (glukosa)

Soalan 3:
Nyatakan maksud respirasi sel dan jenis-jenis respirasi sel.

Jawapan:
Respirasi sel ialah proses pengoksidaan molekul organik melalui beberapa peringkat bagi membebaskan tenaga. Substrat utama bagi respirasi sel ialah glukosa. Terdapat dua jenis respirasi sel : respirasi aerob dan respirasi anaerob.

Soalan 4:
Terangkan cara manusia, haiwan dan tumbuhan memperoleh glukosa untuk penghasilan tenaga.

Jawapan:
Dalam manusia dan haiwan, glukosa diperolehi melalui pencernaan karbohidrat manakala dalam tumbuhan, glukosa dihasilkan melalui proses fotosintesis.

Leave a Comment