Praktis Formatif 7.3 – Biologi Tingkatan 4 (KSSM) Bab 7


Soalan 1:
Nyatakan di mana proses fermentasi biasanya berlaku.

Jawapan:
Sel otot manusia, sesetengah bakteria, yis dan tumbuhan

Soalan 2:
Berikan tiga contoh mikroorganisma dan makanan yang dapat dihasilkan melalui proses fermentasi.

Jawapan:
• Organisma: Saccharomyces
Produk fermentasi: CO2, etanol
Contoh: wain, bir

• Organisma: Aspergillus
Produk fermentasi: asid laktik
Contoh: kicap

• Organisma: Acetobacter
Produk fermentasi: asid asetik
Contoh: cuka

Soalan 3:
Semasa membantu ayah menebas rumput di kawasan kebun, anda telah terserempak dengan seekor ular. Oleh sebab terlalu takut, anda melarikan diri menjauhi ular tersebut. Huraikan proses respirasi sel yang berlaku dalam sel otot kaki anda.

Jawapan:
Apabila anda berlari pecut, paru-paru dan aliran darah tidak dapat membekalkan oksigen dengan cukup cepat untuk memenuhi keperluan otot anda untuk menghasilkan ATP. Dalam keadaan ini, sel-sel otot menjalankan proses fermentasi, iaitu proses menghasilkan ATP tanpa menggunakan oksigen. Fermentasi dalam sel otot menghasilkan asid laktik.

Soalan 4:
Nyatakan perbezaan antara proses respirasi aerob dengan fermentasi.

Jawapan:
• Respirasi aerob melibatkan penguraian bahan organik secara lengkap dengan kehadiran oksigen manakala proses fermentasi melibatkan proses penguraian bahan organik secara tidak lengkap tanpa kehadiran oksigen atau oksigen terhad.

• Respirasi aerob berlaku dalam sitoplasma dan mitokondrion tetapi fermentasi hanya berlaku dalam sitoplasma.

• Respirasi aerob menghasilkan air manakala proses fermentasi tidak menghasilkan air.

• Dalam proses respirasi aerob, glukosa dioksidakan secara lengkap kepada karbon dioksida dan air sementara dalam fermentasi, glukosa dioksidakan kepada etanol atau asid laktik.

Leave a Comment