Praktis Sumatif 7 (Soalan 1 – 5) – Biologi Tingkatan 4 (KSSM) Bab 7


Soalan 1:
Apakah kegunaan hasil fermentasi alkohol?

Jawapan:
Etanol digunakan dalam pembuatan bir dan wain. Karbon dioksida digunakan untuk menaikkan adunan dalam pembuatan roti

Soalan 2:
Mengapakah otot menjalankan respirasi sel yang menghasilkan asid laktik semasa aktiviti cergas?

Jawapan:
Untuk membekalkan tenaga yang diperlukan serta membolehkan seseorang individu untuk terus melakukan aktiviti.

Soalan 3:
Mengapakah respirasi sel dalam otot yang menghasilkan asid laktik membekalkan kurang tenaga jika dibandingkan dengan respirasi aerob?

Jawapan:
Ini kerana pengoksidaan glukosa tidak lengkap dan sebahagian tenaga kimia masih terikat dalam molekul asid laktik.

Soalan 4:
Jelaskan mengapa seorang individu lazimnya lebih cepat berasa lesu berbanding seorang atlet, apabila kedua-duanya berlari bersama

Jawapan:
Seorang atlet biasanya mempunyai bilangan mitokondrion yang lebih banyak dalam sel ototnya. Pengambilan oksigen dan pengoksidaan asid laktik yang lebih cepat dapat mengurangkan kelesuan otot.

Soalan 5:
Seorang pelari pecut 100 meter biasanya menahan nafas semasa berlari berbanding dengan seorang pelari jarak jauh. Selepas berlari, pelari pecut memerlukan 7 liter oksigen untuk menyingkirkan asid laktik yang terkumpul dalam sel ototnya. Huraikan perbezaan ini dengan seorang pelari jarak jauh.

Jawapan:
Pelari jarak 100 m menamatkan larian dengan cepat dengan menahan nafas. Dengan menahan nafas, pelari dapat menggunakan oksigen sedia ada dengan efisien. Walau bagaimanapun, asid laktik banyak terkumpul kerana bekalan oksigen ke otot tidak dapat menampung keperluan oksigen oleh otot. Sebaliknya, pelari jarak jauh berlari dengan kadar yang lebih perlahan dan asid laktik yang terkumpul pada peringkat awal larian biasanya disingkirkan semasa berlari. Pelari jarak jauh tidak boleh menahan nafas kerana pengumpulan asid laktik menyebabkan otot menjadi lesu dengan cepat. Oleh itu, pelari jarak jauh perlu bernafas sepanjang lariannya.

Leave a Comment