Praktis Formatif 14.1 – Biologi Tingkatan 4 (KSSM) Bab 14


Soalan 1:
Mengapakah organisma perlu mengekalkan bentuk badannya?

Jawapan:
Bentuk badan adalah penting untuk pergerakan dan sokongan serta membolehkan organ-organ dalam badan berfungsi dengan lancar.


Soalan 2:
Nyatakan dua fungsi sistem rangka kepada manusia.

Jawapan:
• Melindungi organ dalaman vertebrata (misalnya, tengkorak melindungi otak manusia).
• Menghasilkan sel darah merah (dalam sumsum tulang).


Soalan 3:
Bagi haiwan yang bergerak di atas permukaan tanah, apakah kelebihan mempunyai anggota kaki di bawah badan (misalnya, tikus) berbanding dengan haiwan yang mempunyai kaki di sisi badan (misalnya, buaya)?

Jawapan:
Bagi haiwan yang mempunyai anggota kaki di bawah badan (misalnya, tikus), jisim badan dinaikkan di atas tanah dan dengan itu,dapat mengurangkan geseran semasa bergerak.

Leave a Comment