Praktis Formatif 14.2 – Biologi Tingkatan 4 (KSSM) Bab 14


Soalan 1:
Namakan tulang yang membentuk rangka paksi badan manusia.

Jawapan:
Tengkorak, turus vertebra, sangkar rusuk dan sternum.

Soalan 2:
Nyatakan fungsi rawan dan bendalir sinovia dalam sendi.

Jawapan:
Rawan bertindak sebagai kusyen kepada sendi, menyerap hentakan dan mengurangkan geseran antara hujung-hujung tulang. Bendalir sinovia bertindak sebagai pelincir yang mengurangkan geseran antara hujung-hujung tulang.

Soalan 3:
Nyatakan perbezaan struktur dan fungsi antara tendon dan ligamen.

Jawapan:
• Tendon adalah tidak kenyal manakala ligamen adalah kenyal.

• Tendon menyambungkan otot kepada tulang.
Ligamen menyambungkan tulang kepada tulang.

Soalan 4:
Terangkan perbezaan antara sendi lesung dengan sendi engsel.

Jawapan:
Sendi lesung membenarkan pergerakan berbentuk putaran dalam semua arah manakala sendi engsel hanya membenarkan pergerakan tulang pada satu satah sahaja.

Leave a Comment