Praktis Formatif 14.3 – Biologi Tingkatan 4 (KSSM) Bab 14


Soalan 1:
Pada pendapat anda, mengapakah burung mempunyai tulang yang berongga?

Jawapan:
Tulang berongga adalah ringan dan ini memudahkan proses penerbangan.

Soalan 2:
Terangkan bagaimana lengan digerakkan ke atas.

Jawapan:
Apabila otot biseps mengecut, tendon menghantar daya tarikan yang dihasilkan oleh otot yang mengecut kepada lengan. Pada masa yang sama otot triseps mengendur. Akibatnya, siku membengkok dan lengan digerakkan ke atas.

Soalan 3:
Terangkan mekanisme gerak alih ikan.

Jawapan:
Turus vertebra ikan adalah fleksibel dan digerakkan dari sisi ke sisi melalui pengecutan dan pengenduran miotom iaitu bongkah otot berbentuk W. Apabila otot miotom di sebelah kanan mengecut, otot miotom di sebelah kiri mengendur dan ekor akan mengibas ke kanan.
Sebaliknya, apabila otot miotom di sebelah kiri mengecut, otot miotom kanan akan mengendur dan ekor akan mengibas ke kiri. Gelombang pengecutan dan pengenduran secara berselang-seli di sepanjang miotom menyebabkan bahagian badan bergerak dari sisi ke sisi, menolak air ke belakang dan ke sisi lalu badan digerakkan ke hadapan.

Soalan 4:
Huraikan bagaimana seekor belalang melakukan lompatan.

Jawapan:
Belalang mempunyai kaki belakang panjang yang boleh dilipat dalam bentuk Z, dan kedudukan sebegini berfungsi sebagai spring lompatan.
Apabila kaki berada dalam kedudukan Z, otot ekstensor dan otot fleksor berada dalam keadaan mengecut. Apabila otot ekstensor pada kaki belakang mengecut dan diluruskan dengan pantas ke arah belakang dan ke bawah tanah, ia memberikan belalang suatu daya angkat ke atas dan ke hadapan yang menolak belalang itu ke udara.

Leave a Comment