SPM 2023 Biologi Kertas 2 – Soalan 7


Soalan 7:
Rajah 7.1(a) dan Rajah 7.1(b) menunjukkan graf bagi dua jenis variasi. 


(a) Berdasarkan Rajah 7.1(a), 
(i) nyatakan jenis variasi [1 markah]

(ii) berikan satu contoh ciri X. [1 markah]

(b) Kenal pasti lengkung taburan bagi graf dalam Rajah 7.1(b). [1 markah]


(c) Rajah 7.2(a) menunjukkan kembar seiras J dan K. Sewaktu kecil kedua-duanya mempunyai warna kulit yang cerah Rajah 7.2(b) menunjukkan warna kulit kembar J dan kembar K selepas 20 tahun.


(i) Nyatakan faktor yang menyebabkan perubahan warna kulit pada kembar J. [1 markah]

(ii) Terangkan bagaimana faktor pada 7(c)(i) menyebabkan perubahan warna kulit pada kembar J. [2 markah]

(d) Kembar J disahkan mengalami kanser kulit disebabkan oleh persekitaran pekerjaan beliau tetapi kembar seirasnya tidak menghidap kanser kulit. Sekiranya kembar J mempunyai anak, anaknya tidak akan dilahirkan dengan kanser kulit.
Terangkan mengapa.
[3 markah]

Jawapan:
(a)(i) Variasi tak selanjar

(a)(ii) Jenis rambut // Kebolehan menggulung lidah
mana-mana contoh yang sesuai

(b) Taburan normal // Berbentuk loceng

(c)(i) Faktor cahaya / persekitaran

(c)(ii)
1: Cahaya matahari mengandungi sinaran ultraungu

2: Pendedahan terlalu lama / keamatan cahaya tinggi 

3: Pigmen melanin sedia ada menjadi rosak

4: Lebih banyak pigmen melanin semakin terbentuk

(d)
1: Mutasi sel soma

2: Tidak diwarisi // Hanya dihidapi oleh J

3: Tidak berlaku mutasi pada sel pembiakan / gamet

4: J menghasilkan sperma normal

Leave a Comment