SPM 2024 Biologi Kertas 2 (Kertas Sebenar) – Soalan 1 & 2


Soalan 1:
(a) Rajah 1.1 menunjukkan beberapa komponen sel yang terlibat dalam penghasilan enzim luar sel. 


(i) Label ribosom pada Rajah 1.1.  [1 markah]

(ii) Nyatakan fungsi K. [1 markah]

(iii) Berikan satu contoh enzim luar sel yang dihasilkan dalam Rajah 1.1. [1 markah]


(b) Rajah 1.2 menunjukkan sebahagian sistem pencernaan.

(i) Nyatakan nama organ M. [1 markah]

(ii) Berikan satu sifat enzim yang dirembeskan oleh organ M. [1 markah]

(iii) Salur L seorang individu tersumbat.
Nyatakan mengapa pencernaan lipid menjadi perlahan di duodenum.
[1 markah]


Jawapan:
(a)(i)


(a)(ii)
P1: Memproses, mengubah suai bahan kimia seperti protein 

P2: Membungkus dan mengangkut bahan kimia seperti enzim, karbohidrat dan glikoprotein 

(a)(iii) Tripsin / Lipase / Mana-mana enzim ekstrasel yang betul


(b)(i) Pankreas

(b)(ii)
P1: Enzim diperlukan dalam kuantiti yang kecil
P2: Enzim boleh digunakan semula
P3: Tindakan enzim adalah spesifik.

Mana-mana satu jawapan

(b)(iii)
P1: Hempedu tidak dapat disalurkan (ke duodenum) 
P2: pH tidak optimum / tidak beralkali / berasid 
P3: Lipid tidak diemulsikan/ (jumlah) luas permukaan lipid 
P4: Proses hidrolisis berkurang 

Mana-mana satu jawapan 

Soalan 2:
Rajah 2 menunjukkan sejenis tisu pada permukaan trakea. 


(a) Nyatakan nama unjuran P. State the name of projection P. [1 markah]

(b) Tisu dalam Rajah 2 menghasilkan mukus.
(i) Nyatakan nama tisu itu. State the name of the tissue. [1 markah]

(ii) Terangkan peranan mukus dalam barisan pertahanan badan pertama. [2 markah]

(c) Seorang pelari pecut menjalani latihan intensif setiap hari bagi meningkatkan kepadatan mitokondria dalam sel ototnya.
Terangkan bagaimana peningkatan kepadatan mitokondria membantu pelari pecut itu semasa pertandingan.
[2 markah]


Jawapan:
(a) Silia / Silium

(b)(i) Tisu epitelium

(b)(ii)
P1: Mukus mengandungi lisozim
P2: untuk memusnahkan bakteria dalam udara yang memasuki sistem respirasi
ATAU 
P1: Memerangkap bakteria / patogen 
P2: Melalui bendalir melekat 


(c)
P1: Kadar respirasi meningkat
P2: Menghasilkan banyak tenaga / ATP
P3: Pengecutan (dan pengenduran) otot meningkat // berlari dengan laju

Mana-mana dua jawapan

Leave a Comment