Soalan 6:
Rajah 6.1(a) dan Rajah 6.1(b) menunjukkan gerak balas bunga terhadap cahaya.

(a)(i) Nyatakan jenis gerak balas itu. [1 markah]
(ii) Seorang pekebun telah memindahkan pokok bunga dalam Rajah 6.1(a) ke dalam almari gelap. Terangkan bagaimana gerak balas kelopak bunga tersebut pada jam 12.30 p.m. pada keesokan harinya. [2 markah]
(b) Rajah 6.2 menunjukkan satu eksperimen untuk mengkaji kesan suatu fitohormon terhadap pertumbuhan koleoptil di hujung pucuk.

(i) Lukis pemerhatian bagi gerak balas pertumbuhan yang berlaku selepas dua hari pada ruangan yang disediakan dalam Rajah 6.2. [1 markah]
(ii) Nyatakan hormon yang terlibat dalam gerak balas tersebut. [1 markah]
(iii) Rajah 6.3 menunjukkan graf kesan kepekatan hormon yang dinyatakan di 6(b)(ii) terhadap pertumbuhan di pucuk dan akar.
Terangkan kesan kepekatan hormon tersebut terhadap pemanjangan pucuk dan akar pada kepekatan Z. [2 markah]
(c) Dalam teknik kultur tisu, hormon sitokinin ditambahkan ke dalam medium kultur. Nyatakan mengapa hormon sitokinin ditambah ke dalam medium kultur tersebut. [1 markah]
Jawapan:
(a)(i) Fotonasti / Gerak balas nasti
(a)(ii)
P1: Kelopak bunga menguncup / tidak mengembang
P2: (Almari gelap) tidak / kurang cahaya
(b)(i)

(b)(ii) Auksin
(b)(iii)
P1: Pemanjangan pucuk adalah lebih tinggi manakala pemanjangan akar adalah rendah
P2: (Di Z,) auksin merangsang pemanjangan sel di pucuk / kadar pemanjangan sel di pucuk adalah tinggi
P3: (Di Z,) auksin merencat pemanjangan sel di akar / kadar pemanjangan sel di akar adalah rendah
(c)
P1: Merangsang pembahagian / pemanjangan sel
P2: Merangsang pembentukan organ tumbuhan seperti akar / batang
Rajah 6.1(a) dan Rajah 6.1(b) menunjukkan gerak balas bunga terhadap cahaya.

(a)(i) Nyatakan jenis gerak balas itu. [1 markah]
(ii) Seorang pekebun telah memindahkan pokok bunga dalam Rajah 6.1(a) ke dalam almari gelap. Terangkan bagaimana gerak balas kelopak bunga tersebut pada jam 12.30 p.m. pada keesokan harinya. [2 markah]
(b) Rajah 6.2 menunjukkan satu eksperimen untuk mengkaji kesan suatu fitohormon terhadap pertumbuhan koleoptil di hujung pucuk.

(i) Lukis pemerhatian bagi gerak balas pertumbuhan yang berlaku selepas dua hari pada ruangan yang disediakan dalam Rajah 6.2. [1 markah]
(ii) Nyatakan hormon yang terlibat dalam gerak balas tersebut. [1 markah]
(iii) Rajah 6.3 menunjukkan graf kesan kepekatan hormon yang dinyatakan di 6(b)(ii) terhadap pertumbuhan di pucuk dan akar.
Terangkan kesan kepekatan hormon tersebut terhadap pemanjangan pucuk dan akar pada kepekatan Z. [2 markah](c) Dalam teknik kultur tisu, hormon sitokinin ditambahkan ke dalam medium kultur. Nyatakan mengapa hormon sitokinin ditambah ke dalam medium kultur tersebut. [1 markah]