Aktiviti 2.2:
Tujuan
Mereka bentuk model untuk menghubungkaitkan mekanisme pembukaan dan penutupan stoma dengan pengambilan ion kalium dan perubahan kepekatan sukrosa
Bahan: Belon, benang
Radas: Tiub Y
Prosedur
1. Masukkan kedua-dua belon ke hujung tiub Y. Ikat bahagian P kedua-kedua belon dengan kemas menggunakan benang (Rajah 2.4).
2. Simpulkan bahagian Q kedua-dua belon dengan benang secara longgar.
3. Tiup melalui hujung tiub Y perlahan-lahan sehingga terdapat ruang di antara belon (Set A).
4. Ulangi langkah 1 hingga 3 untuk mendapatkan satu set radas lagi (Set B).
5. Lepaskan sebahagian udara dari belon Set B sehingga kedua-dua belon menjadi lurus.
Perbincangan
1. Namakan struktur tumbuhan yang diwakili oleh kedua-dua belon dan ruang di antaranya.
2. Apakah yang mewakili ion kalium?
3. Nyatakan kesan penambahan udara terhadap ruang di antara belon dalam Set A.
4. Nyatakan kesan membuang sebahagian udara dari belon dalam Set B.
Jawapan:
1. Belon: Sel-sel pengawal
Ruang antara belon: Liang stoma
2. Udara yang ditiup ke dalam belon.
3. Penambahan udara meningkatkan saiz ruang antara belon.
4. Membuang sebahagian udara akan mengecilkan saiz ruang antara belon.