Eksperimen 2.1 – Biologi Tingkatan 5 (KSSM) Bab 2


Eksperimen 2.1 (Taburan Stoma pada Epidermis Atas dan Epidermis Bawah Daun Monokot dan Daun Eudikot) :

Pernyataan Masalah

Adakah taburan stoma pada epidermis atas dan epidermis bawah daun monokot serta daun eudikot adalah sama?

Tujuan
Mengeksperimen untuk membandingkan taburan stoma pada epidermis atas dan epidermis bawah daun monokot dan daun eudikot

Hipotesis
Taburan stoma pada epidermis bawah daun monokot dan daun eudikot adalah lebih padat berbanding taburan stoma pada epidermis atas.

Pemboleh ubah
Pemboleh ubah dimanipulasikan: Bahagian epidermis daun dan jenis daun tumbuhan

Pemboleh ubah bergerak balas: Bilangan stoma

Pemboleh ubah dimalarkan: Daun tumbuhan


Bahan
Daun pokok keembung, daun pokok bakung

Radas
Pengilat kuku tidak berwarna, kanta pembesar, forseps, slaid kaca, penutup kaca, mikroskop cahaya

Prosedur
1. Sapu sedikit pengilat kuku tidak berwarna pada epidermis atas daun pokok keembung.

2. Biarkan pengilat itu kering. Kupas lapisan pengilat itu daripada permukaan daun dengan berhati-hati.

3. Titiskan sedikit air pada slaid kaca dan letakkan lapisan pengilat yang telah dikupas ke atas titisan air tersebut. Tutup dengan penutup kaca. Perhatikan kehadiran stoma dan hitungkan bilangannya menggunakan mikroskop cahaya dengan kanta objek kuasa rendah.

4. Ulangi langkah 1 hingga 3 bagi epidermis bawah daun pokok keembung.

5. Ulangi langkah 1 hingga 4 dengan menggantikan daun pokok keembung dengan daun pokok bakung.


Keputusan

Perbincangan
1. Epidermis manakah mempunyai lebih banyak stoma? Terangkan peranan ciri ini yang membolehkan pokok keembung menjalankan fotosintesis pada kadar optimum.

2. Bandingkan bentuk sel pengawal pada daun pokok keembung (eudikot) dan daun pokok bakung (monokot).

Kesimpulan
Adakah hipotesis tersebut diterima? Cadangkan satu kesimpulan yang sesuai.


Jawapan:
Keputusan:

Perbincangan:
1. Epidermis bawah. Epidermis bawah tidak terdedah secara langsung kepada cahaya matahari.
Pembukaan stoma untuk penyerapan gas karbon dioksida tidak menyebabkan penyejatan airsecara berlebihan.

2. Sel pengawal monokot berbentuk dumbel, manakala eudikot berbentuk kacang.

Leave a Comment