Praktis Formatif 2.1 – Biologi Tingkatan 5 (KSSM) Bab 2


Soalan 1:
Nyatakan dua struktur luar daun.

Jawapan:
Lamina dan petiol

Soalan 2:
Apakah kepentingan kutikel pada daun?

Jawapan:
Menghalang kehilangan air berlebihan melalui penyejatan

Soalan 3:
Nyatakan lima struktur dalaman daun.

Jawapan:
Epidermis atas, mesofil palisad, mesofil berspan, berkas vaskular dan epidermis bawah

Soalan 4:
Nyatakan fungsi xilem dan floem.

Jawapan:
Xilem – mengangkut air dan garam mineral yang diserap oleh akar ke daun

Floem – mengangkut bahan organik hasil fotosintesis dari daun ke bahagian lain tumbuhan

Soalan 5:
Lapisan kutikel pada epidermis atas bersifat lut sinar. Wajarkan.

Jawapan:
Membenarkan cahaya matahari menembusinya untuk berfotosintesis

Soalan 6:
Bandingkan antara lapisan mesofil palisad dengan mesofil berspan.

Jawapan:
Mesofil palisad – sel-sel mempunyai banyak kloroplas dan tersusun padat

Mesofil berspan – sel-sel kurang kloroplas dan tersusun lebih longgar

Leave a Comment