Praktis Formatif 2.4 – Biologi Tingkatan 5 (KSSM) Bab 2


Soalan 1:
Nyatakan tiga faktor utama yang mempengaruhi kadar fotosintesis.

Jawapan:
Keamatan cahaya, suhu dan kepekatan karbon dioksida

Soalan 2:
Nyatakan kesan keamatan cahaya yang berbeza terhadap proses fotosintesis.

Jawapan:
Pada keamatan cahaya yang rendah, stoma tertutup dan mengurangkan kadar fotosintesis. Pada keamatan cahaya yang tinggi, stoma akan terbuka dan meningkatkan kadar fotosintesis hingga ke suatu takat tertentu. Selepastakat itu, kadar fotosintesistidak akan meningkat lagi kerana faktor lain menjadi faktor pengehad.

Soalan 3:
Encik Kumar telah berjaya menanam pokok anggur di dalam sebuah rumah hijau di Cameron Highlands. Nyatakan kelengkapan yang perlu ada di dalam rumah hijau tersebut.

Jawapan:
Sumber air untuk menyiram pokok yang mencukupi, mentol yang sesuai dengan keamatan cahaya yang diperlukan, alat pemanas yang boleh dilaraskan pada suhu 25 oC, (suhu optimum bagitindakan enzim fotosintesis) dan sumber gas karbon dioksida.

Soalan 4:
Tindak balas tidak bersandarkan cahaya bergantung kepada tindak balas bersandarkan cahaya.

Adakah anda setuju dengan pernyataan ini? Jelaskan.

Jawapan:
Setuju. Tindak balas tidak bersandarkan cahaya memerlukan NADPH dan ATP yang terhasil dalam tindak balas yang bersandarkan cahaya.

Leave a Comment