Soalan 1:
(a) Petiol dan lamina merupakan struktur luar daun. Nyatakan fungsi kedua-dua struktur ini.
(b) Daun merupakan organ tumbuhan yang leper, nipis dan berwarna hijau. Jelaskan kepentingan ciri tersebut terhadap fungsi daun
Jawapan:
(a) Petiol ialah tangkai daun yang menyambungkan lamina pada batang, lamina pula bahagian yang menjalankan fotosintesis.
(b) Leper dan nipis untuk meningkatkan luas permukaan dan memaksimumkan pendedahan sel-sel daun kepada cahaya matahari. Warna hijau merupakan warna pigmen klorofil yang menyerap cahaya merah dan biru daripada cahaya matahari untuk fotosintesis.

Soalan 2:
Selain pigmen klorofil, tumbuhan juga mempunyai karotenoid, iaitu pigmen yang berwarna kuning, jingga dan merah yang dapat menyerap tenaga cahaya daripada matahari untuk menjalankan fotosintesis. Jelaskan perbezaan penglibatan klorofil dan karotenoid ini dalam fotosintesis.
Jawapan:
Klorofil menyerap cahaya merah, manakala karotenoid menyerap cahaya biru sebelum dipindahkan kepada klorofil untuk menguja elektron dalam tindak balas bersandarkan cahaya.

Soalan 3:
Sekumpulan murid menjalankan suatu eksperimen untuk mengkaji taburan stoma pada daun pudina dan daun taim. Pokok taim mempunyai bilangan daun yang kurang daripada pokok pudina. Jadual 1 menunjukkan keputusan eksperimen tersebut.
(a) Bagi daun pudina, sampel apakah yang kehilangan air paling banyak? Jelaskan.
(b) Bagi daun taim, sampel apakah yang mempunyai taburan stoma paling banyak? Jelaskan jawapan anda.
(c) Jelaskan perbezaan kedua-dua daun daripada keputusan eksperimen.
(d) Berdasarkan keputusan eksperimen, tumbuhan yang manakah dapat beradaptasi dengan keadaan persekitaran yang panas dan kering? Berikan satu sebab bagi jawapan anda.
Jawapan:
(a) Sampel C kerana permukaan bawah daun tidak disapu dengan jeli petroleum. Jeli petroleum bertindak sebagai penghalang sejatan air.
(b) Sampel C kerana permukaan bawah daun tidak disapu dengan jeli petroleum. Jeli petroleum bertindak sebagai penghalang sejatan air daripada daun melalui stoma. Hal ini menunjukkan taburan stoma lebih banyak di bahagian bawah daun.
(c)
(d) Pokok taim kerana mempunyai bilangan stoma yang sedikit untuk mengurangkan kehilangan air secara berlebihan.