Praktis Formatif 13.1 – Biologi Tingkatan 5 (KSSM) Bab 13


Soalan 1:
Apakah yang dimaksudkan dengan kejuruteraan genetik?

Jawapan:
Kejuruteraan genetik merupakan satu teknik manipulasi gen untuk mengubah suai genetik sesuatu organisma bagi membentuk kombinasi gen yang baharu.

Soalan 2:
Apakah maksud organisma transgenik? 

Jawapan:
Organisma yang membawa DNA rekombinan atau membawa gen asing dalam semua selnya.

Soalan 3:
Nyatakan satu isu yang sering dibahaskan tentang makanan terubah suai genetik (GMF).

Jawapan:
Kesan GMF terhadap kesihatan manusia.

Leave a Comment