Praktis Formatif 12.1 – Biologi Tingkatan 5 (KSSM) Bab 12


Soalan 1:
Bagaimanakah variasi dapat meningkatkan kemandirian spesies?

Jawapan:
Organisma dalam sesuatu populasi yang mempunyai variasi mempunyai ciri yang lebih sesuai kepada persekitarannya berbanding dengan organisma yang tidak menunjukkan variasi.

Soalan 2:
Kenal pasti jenis variasi yang berikut
(a) Kepintaran
(b) Kehadiran lesung pipit
(c) Jenis rambut
(d) Ketinggian
(e) Jenis cuping telinga

Jawapan:




Soalan 3:
Nyatakan dua punca variasi.

Jawapan:
Faktor genetik dan faktor persekitaran

Soalan 4:
Variasi berlaku kerana pembiakan seks.

Jelaskan pernyataan di atas.

Jawapan:
Pembiakan seks melibatkan persenyawaan antara gamet jantan dengan gamet betina. Semasa pembentukan gamet, pindah silang berlaku antara kromosom homolog. Persenyawaan antara dua jenis gamet secara rawak menyebabkan variasi dalam zuriat yang dihasilkan.

Leave a Comment