Praktis Sumatif 2 (Soalan 1 – 6) – Biologi Tingkatan 4 (KSSM) Bab 2


Soalan 1:
Mengapakah kloroplas hanya terdapat dalam sel tumbuhan dan tidak dalam sel haiwan?

Jawapan:
Ini kerana kloroplas digunakan untuk menghasilkan makanan semasa fotosintesis. Sel haiwan tidak menghasilkan makanan.

Soalan 2:
Huraikan pembiakan aseks yang dijalankan oleh Amoeba sp.

Jawapan:
Amoeba sp. menjalani proses belahan dedua. Apabila Amoeba sp. telah berkembang kepada saiz tertentu, nukleus akan membahagi secara mitosis. Kemudian, sitokinesis berlaku. Dua Amoeba sp. yang mempunyai komposisi genetik yang sama akan terbentuk.

Soalan 3:
Afid ialah serangga kecil yang menghisap cecair dalam tumbuhan. Afid memasukkan bahagian mulutnya ke dalam batang tumbuhan dan menyerap nutrien. Namakan cecair yang diperoleh daripada tumbuhan dan terangkan mengapa afid didapati kebanyakannya pada waktu siang

Jawapan:
Sap floem. Fotosintesis berlaku pada hari siang. Jadi lebih banyak gula dihasilkan dan boleh diserap oleh afid.

Soalan 4:
Rajah 1 menunjukkan sel tumbuhan.


Nyatakan ciri P dan fungsinya.

Jawapan:
P ialah dinding sel. P terbina daripada selulosa yang kuat dan berserat serta bersifat telap sepenuhnya. Fungsi dinding sel adalah untuk mengekalkan bentuk sel tumbuhan.

Soalan 5:
X ialah organ pencernaan yang terdiri daripada sel-sel yang mempunyai kepadatan jalinan endoplasma kasar yang tinggi untuk pencernaan protein. Apakah X? Terangkan jawapan anda.

Jawapan:
X ialah perut. Jalinan endoplasma kasar mengangkut protein yang dihasilkan oleh ribosom. Perut ialah organ yang banyak mensintesis enzim untuk pencernaan protein.

Soalan 6:
Sel tumbuhan menjalani proses X untuk membentuk salur xilem. Namakan proses X. Huraikan bagaimana salur xilem mengalami pengkhususan untuk mengangkut air dan garam mineral.

Jawapan:
Proses X ialah proses pembezaan. Salur xilem membentuk tiub yang berongga dan bersambungan. Ini untuk memastikan pengangkutan air dan garam mineral berlaku secara berterusan.

Leave a Comment