SPM 2023 Biologi Kertas 2 – Soalan 9


Soalan 9:
(a) Rajah 9.1 menunjukkan satu lapisan membran yang terlibat dalam barisan pertahanan manusia. 


Terangkan bagaimana lapisan membran tersebut memusnahkan bakteria dalam udara yang memasuki sistem respirasi.
[2 markah]

(b) Rajah 9.2 menunjukkan bahagian kulit seorang individu yang tercucuk jarum tercemar. Selepas beberapa hari, bahagian luka tersebut bernanah.


Huraikan bagaimana kecederaan ini merangsang gerak balas sistem pertahanan badan individu tersebut bagi mengatasi jangkitan. [8 markah] 

(c) Maklumat berikut menunjukkan dua situasi yang berbeza berkaitan keimunan dalam manusia. 

Situasi 1

Penyakit pneumokokal disebabkan oleh bakteria Streptococcus pneumoniae yang menyebabkan jangkitan pada meningitis dan telinga. Kebanyakan jangkitan ini boleh menyebabkan hilang upaya kekal dan kematian.
Mengikut Jadual Imunisasi Kebangsaan, kanak-kanak berumur 4 bulan mesti diberikan suntikan pneumokokal pertama untuk mencegah penyakit tersebut, diikuti dos kedua semasa berumur 6 bulan dan dos ketiga ketika berumur 15 bulan.

Situasi 2

Sengatan serangga seperti tebuan lazimnya menyebabkan kesakitan, bengkak dan kemerahan. Semasa menyengat, racun daripada serangga tersebut akan mengalir ke seluruh tubuh mangsa.

Ini boleh menyebabkan tindak balas keracunan dan alahan seperti pengsan dan penurunan tekanan darah. Suntikan antihistamin boleh diberikan sebagai rawatan. Suntikan antihistamin ini perlu diberi sekiranya seseorang disengat semula oleh serangga itu.

Banding bezakan jenis keimunan yang terlibat dalam kedua-dua situasi tersebut. 
[10 markah]


Jawapan:
(a)
1: Lapisan ini ialah membran mukus/ merembeskan mukus// Sel epitelium mempunyai silia

2: Mukus/ silia memerangkap bakteria// Mengandungi lisozim 

3: Lisozim menguraikan/ memusnahkan bakteria 

(b)
P: Barisan pertahanan kedua

1:
Tisu yang rosak membebaskanhistamin.

2: Histamin merangsanggerak balas keradangan dengan serta-merta

3: Bahagian yang radang membengkak,menjadi merah dan berasa sakit.

4: Histamin menyebabkanpengembangan kapilari darah 

5: bagi membolehkan alirandarah yang lebih banyak kekawasan jangkitan 

6: Histamin juga meningkatkanketelapan kapilari darahterhadap sel fagosit

7: Proses fagositosis berlaku 

8: Untuk menguraikan/ memusnahkan bakteria 

9: Sel fagosit /tisu matimembentuk nanah 

10: Sel fagosit / faktorpembeku berkumpul dikawasan jangkitan

11: Mekanisme pembekuandarah dicetuskan. 

(c)
SET 1 (keimunan aktif buatan vs keimunan pasif buatan) : PERSAMAAN
F1: Kedua-dua melibatkan antibodi 

F2: Untuk melawan jangkitan penyakit 

F3: Melibatkan kos yang tinggi 

F4: Bahan disuntik ke dalam badan 

F5: Menyebabkan alergi/ kesan sampingan

F6: Melibatkan interaksi antara antibodi dan antigen 

SET 1 (keimunan aktif buatan vs keimunan pasif buatan) : PERBEZAAN



SET 2 (keimunan aktif buatan vs keimunan aktif semula jadi, sengatan lebah merangsang badan untuk menghasilkan antibodi) :
PERSAMAAN
F1: Kedua-dua melibatkan antibodi

F2: Untuk melawan jangkitan penyakit

F3: Kedua-dua melibatkan interaksi antara antibodi dan antigen

F4: Kedua-dua melibatkan penghasilan antibodi secara semulajadi oleh limfosit

F5: Kedua-dua keimunan kekal untuk jangka masa yang lama


SET 2 (keimunan aktif buatan vs keimunan aktif semulajadi, sengatan lebah merangsang badan untuk menghasilkan antibodi) :
PERBEZAAN



Leave a Comment