Soalan 4:
Rajah 1 menunjukkan perubahan aras antibodi dalam darah individu X dan Y bagi satu tempoh tertentu.

(a)(i) Apakah jenis keimunan yang diperoleh oleh individu X dan Y?
(ii) Nyatakan bahan yang disuntik ke dalam individu X dan Y.
(iii) Jelaskan perbezaan kandungan bahan yang anda nyatakan di (a)(ii).
(b)(i) Pada lengkung graf bagi individu X dan Y, tandakan dengan anak panah, masa suntikan kedua diberikan.
(ii) Mengapakah suntikan kedua diperlukan oleh individu X dan Y?
(iii) Berdasarkan lengkung graf bagi individu X dan Y, nyatakan dua perbezaan keimunan yang dicapai oleh X dan Y.
Jawapan:
(a)(i)
X : Keimunan pasif buatan
Y : Keimunan aktif buatan
(a)(ii)
X : Antiserum
Y : Vaksin
(a)(iii)
Antiserum ialah plasma darah yang mengandungi antibodi atau antitoksin bagi sesuatu penyakit. Vaksin ialah antigen yang mati atau telah dilemahkan yang disuntik ke dalam badan seseorang untuk merangsang sistem keimunannya untuk menghasilkan keimunan yang dikehendaki.
(b)(i)

(b)(ii)
• Individu X: Suntikan kedua diperlukan untuk meningkatkan kuantiti antibodi melepasi aras keimunan kerana kuantiti antibodi semakin berkurangan dan jatuh ke bawah aras keimunan selepas satu tempoh tertentu.
• Individu Y: Suntikan kedua diperlukan untuk merangsang penghasilan antibodi yang lebih supaya melepasi aras keimunan kerana suntikan pertama tidak mencukupi untuk individu mencapai aras keimunan yang dikehendaki.
(b)(iii)
• Kesan keimunan yang diperolehi individu X adalah serta-merta manakala kesan keimunan yang diperolehi individu Y adalah lambat.
• Tempoh keimunan bagi individu X selepas mencapai aras keimunan bersifat sementara manakala bagi individu Y kekal lama.

Soalan 5:
Dua individu memperoleh keimunan terhadap demam campak dalam keadaan berbeza. Individu X sembuh daripada penyakit campak. Individu Y pula disuntik dengan sejenis ampaian dan memperoleh keimunan terhadap campak selepas beberapa bulan.
Huraikan keimunan yang diperoleh oleh
(a) individu X
(b) individu Y
Jawapan:
(a)
Dalam individu X, limfosit dirangsang untuk menghasilkan antibodi yang memusnahkan antigen. Sel memori kekal dalam badan. Individu X memperoleh keimunan aktif semula jadi dan berupaya melawan penyakit tersebut pada masa akan datang.
(b)
Ampaian yang disuntikkan kepada individu Y ialah vaksin. Vaksin merupakan patogen yang dilemahkan untuk merangsang limfosit bagi menghasilkan antibodi. Individu Y memperoleh keimunan aktif buatan dan mempunyai keimunan terhadap penyakit campak.