Praktis Formatif 1.2 – Biologi Tingkatan 5 (KSSM) Bab 1


Soalan 1:
Namakan tiga zon pertumbuhan sel.

Jawapan:
Tiga zon pertumbuhan sel ialah zon pembahagian sel, zon pemanjangan sel dan zon pembezaan sel.

Soalan 2:
Rajah di bawah menunjukkan keratan rentas batang sejenis tumbuhan yang menjalani pertumbuhan sekunder.


(a) Labelkan xilem primer, floem primer, xilem sekunder dan floem sekunder.

(b) Huraikan pembentukan xilem sekunder dan floem sekunder.


Jawapan:
(a)


(b)
Pertumbuhan sekunder bermula apabila kambium vaskular membahagi secara mitosis dengan aktif. Sel-sel dalam gelang kambium membahagi ke arah dalam membentuk xilem baharu dan ke arah luar membentuk floem baharu. Tisu xilem baharu akan menjadi xilem sekunder dan tisu floem baharu akan menjadi floem sekunder.

Soalan 3:
Mengapakah pertumbuhan sekunder penting kepada tumbuhan?

Jawapan:
Kepentingan pertumbuhan sekunder:

• Memberi kestabilan kepada tumbuhan dengan menambah diameter batang dan akar agar bersesuaian dengan ketinggian tumbuhan

• Menghasilkan lebih banyak tisu xilem dan tisu floem

Soalan 4:

Pertumbuhan sekunder tumbuhan menyokong pertumbuhan primer tumbuhan.
Dengan menggunakan pengetahuan biologi anda, sokong pernyataan di atas.


Jawapan:
Pertumbuhan primer tumbuhan berkayu diikuti dengan pertumbuhan sekunder yang dapat menambah diameter atau ukur lilit batang tumbuhan. Semakin meningkat pertumbuhan, semakin bertambah tisu vaskular dan tisu gabus.

Leave a Comment