Pajah 1 menunjukkan kacukan antara dua pokok kacang pis, X dan Y. Katakan:

(a) Nyatakan fenotip bagi tumbuhan induk X dan Y.
(b) Lengkapkan genotip gamet yang dihasilkan oleh setiap induk dan fenotip bagi generasi F1, pada Rajah 1.
(c) Jadual 1 menunjukkan genotip genensi F2 selepas generasi F1 dikacukkan dengan generasi F1 yang lain. Jumlah bilangan anak F2 ialah 16 .

(i) Nyatakan kebarangkalian generasi F2 pokok kacang pis bunga berwarna ungu dan bentuk pod berkedut.
(ii) Nyatakan kebarangkalian generasi F2 pokok kacang pis bunga berwarna ungu dan bentuk pod licin.
(iii) Dalam Jadual 1, bulatkan genotip generasi F2, bagi pokok kacang pis bunga berwama putih dan bentuk pod licin. Kemudian, tentukan kebarangkalian generasi F2 bagi fenotip tersebut.
(d) Nyatakan nisbah fenotip anak dalam generasi F2.
(e) Berdasarkan Rajah 1 dan Jadual 1, nyatakan Hukum Mendel Kedua.
Jawapan:
(a)
X: Warna bunga ungu, pod berkedut
Y: Warna bunga putih, pod licin
(b)(i)
X: Ps
Y: pS
(b)(ii) Semua warna bunga ungu, pod licin
(c)(i) 3/16
(c)(ii) 9/16
(c)(iii)

kebarangkalian 3/16
(d) 9 : 3 : 3 : 1
(e) Semasa pembentukan gamet, setiap ahli daripada pasangan alel dapat bergabung secara rawak, dengan mana-mana ahli daripada pasangan alel yang lain.