SPM 2024 Biologi Kertas 2 (Kertas Sebenar) – Bahahian B Soalan 10


Soalan 10:
(a) Rajah 10.1 menunjukkan sebahagian organisma yang boleh dijumpai dalam ekosistem hutan hujan tropika.

Berdasarkan Rajah 10.1,
(i) terangkan maksud komuniti [2 markah]

(ii) bina satu siratan makanan yang terdiri daripada
– Sekurang-kurangnya dua rantai makanan
– Salah satu rantai makanan mesti terdiri daripada empat aras trof
[4 markah]

(iii) Berdasarkan rantai makanan yang terdiri daripada empat aras trof yang dibina di 10(a)(ii), lukis dan labelkan satu piramid tenaga. [4 markah]


(b) Rajah 10.2 menunjukkan ekosistem taburan populasi teratai dalam ekosistem kolam X dan ekosistem kolam Y.

Berikut adalah faktor abiosis yang boleh mempengaruhi taburan populasi tumbuhan itu.
• Suhu
• Cahaya
• Kandungan nutrien

Bandingkan taburan populasi teratai di kolam X dan kolam Y berdasarkan faktor tersebut. Bincangkan jawapan anda.
[10 markah]


Jawapan:
(a)(i) 
– Beberapa populasi organisma / kumpulan spesies yang berbeza
– Hidup dalam habitat yang sama
– Saling berinteraksi antara satu sama lain

Mana-mana dua jawapan

(a)(ii) 
– Rantai makanan pertama yang betul
– Rantai makanan kedua yang betul
– Sekurang-kurangnya satu rantai makanan yang mengandungi 4 aras trof
– Siratan makanan yang betul dengan sekurang-kurangnya 2 rantai makanan dan sekurang-kurangnya 2 saling kait

Contoh:



(a)(iii)
– Berbentuk piramid dengan 4 aras trof
– Menamakan organisma dalam setiap aras trof dengan betul
– Melabelkan nic bagi setiap aras trof dengan betul
– Menyatakan pemindahan tenaga sebanyak 10%

Contoh:


(b)(i)
Kriteria:
– Perbandingan (mana-mana 1 persamaan dan 1 perbezaan)
– Suhu (Minimum 1)
– Cahaya (Minimum 1)
– Kandungan nutrien (Minimum 1)

Perbandingan (mana-mana 1 persamaan dan 1 perbezaan)
– Taburan populasi tumbuhan di dalam kolam Y lebih tinggi daripada kolam X
– Kadar pembiakan tumbuhan lebih tinggi di kolam Y
– Kadar fotosintesis lebih tinggi di kolam Y
– Pertumbuhan pesat di kolam Y
– Kedua-dua menyerap cahaya maathari untuk menjalankan fotosintesis
– Kedua-dua menyerap nutrient untuk pertumbuhan
– Kedua-dua memerlukan suhu optimum untuk aktiviti enzim


Suhu (Minimum 1)

Cahaya (Minimum 1)


Kandungan nutrien (Minimum 1)




Leave a Comment