Praktis Sumatif 12 (Soalan 1) – Biologi Tingkatan 5 (KSSM) Bab 12


Soalan 1:
Jadual 1.1 dan Jadual 1.2 menunjukkan data yang dikumpulkan bagi dua ciri yang berbeza daripada 35 orang murid kelas Tingkatan 5 Bunga Raya.



(a)(i) Nyatakan jenis variasi bagi ciri jisim badan dan lekapan cuping telinga.

(a)(ii) Nyatakan dua perbezaan antara variasi yang ditunjukkan oleh jsim badan dan lekapan cuping telinga.


(b) Rajah 1.1 menunjukkan kariotip individu yang mempunyai penyakit genetik yang disebabkan oleh mutasi.



(i) Nyatakan penyakit yang ditunjukkan dalam Rajah 1.1.

(ii) Apakah jenis mutasi yang menyebabkan penyakit yang dinyatakan pada soalan 1(b)(i)?

(iii) Bagaimanakah jenis mutasi yang dinamakan pada soalan 1(b)(ii) menyebabkan penyakit tersebut? Terangkan.


(c) Pernyataan di bawah menerangkan pokok-pokok daripada spesies yang sama ditanam di dalam dua plot yang berbeza, X dan Y di sebuah ladang.

Plot X: Pokok-pokok ditanam dengan menggunakan kultur tisu dari kumpulan kultur yang sama
Plot Y: Pokok-pokok ditanam daripada biji benih
Ladang itu telah dijangkiti suatu penyakit yang mengakibatkan semua pokok dalam plot X mati, manakala hanya sebahagian pokok di dalam plot Y yang mati akibat jangkitan itu. Terangkan sebab semua pokok di dalam plot X mati.


Jawapan:
(a)(i)
Jisim badan: Variasi selanjar
Lekapan cuping telinga: Variasi tak selanjar

(a)(ii)

(Mana-mana dua ciri manusia)


(b)(i) Sindrom Down

(b)(ii) Mutasi kromosom

(b)(iii)
Melibatkan kegagalan kromosom 21 untuk terpisah semasa meiosis // tak disjungsi kromosom 21 berlaku. Keadaan ini akan menghasilkan gamet dengan 2 salinan kromosom 21. Apabila gamet tersebut disenyawakan oleh gamet yang normal, maka zigot yang terbentuk mempunyai 3 kromosom 21.

(c)
Pokok-pokok di dalam plot X dihasilkan melalui kultur tisu / pengklonan. Maka, pokok ini mempunyai ciri-ciri yang sama dengan induk. Klon tidak menunjukkan variasi dari segi genetik. Klon mempunyai daya rintangan yang sama terhadap sesuatu penyakit. Sekiranya terdapat jangkitan penyakit, semua klon terhapus kerana tidak berupaya menentang penyakit tersebut.

Leave a Comment