Praktis Sumatif 8 (Soalan 10 & 11) – Biologi Tingkatan 4 (KSSM) Bab 8

Soalan 10:Pencemaran udara menyukarkan pernafasan dalam haiwan dan manusia. Sekiranya anda seorang ahli sains, haiwan manakah yang akan anda pilih sebagai petunjuk tahap pencemaran udara di sesuatu kawasan? Nyatakan justikasi pilihan anda. Jawapan:Katak adalah paling sesuai digunakan sebagai haiwan penunjuk tahap pencemaran udara. Walaupun katak mempunyai sepasang peparu, organ pernafasan utama ialah permukaan kulitnya. Tidak … Read more

Praktis Sumatif 8 (Soalan 8 & 9) – Biologi Tingkatan 4 (KSSM) Bab 8

Soalan 8:Sistem respirasi manusia dan belalang mempunyai struktur penyesuaian yang berlainan untuk memaksimumkan kadar pertukaran gas. Nyatakan persamaan dan perbezaan antara sistem respirasi manusia dengan sistem pernafasan belalang. Jawapan:Persamaan:• Permukaan pernafasan adalah lembap untuk melarutkan oksigen untuk resapan.• Permukaan respirasi adalah nipis supaya kadar resapan gas adalah cepat.• Permukaan respirasi mempunyai nisbah jumlah luas permukaan … Read more

Praktis Sumatif 8 (Soalan 6 & 7) – Biologi Tingkatan 4 (KSSM) Bab 8

Soalan 6:Salah satu kesan penyakit emfisema ialah kehilangan kekenyalan alveolus. Terangkan kesan ini terhadap pertukaran gas. Jawapan:Kurang udara disedut dan dihembus keluar, jadi pernafasan adalah sukar. Udara terperangkap di dalam alveolus dan boleh menyebabkan alveolus meletus dan mewujudkan ruang udara yang besar dalam alveolus. Ini bermaksud kurang jumlah luas permukaan untuk pertukaran gas. Soalan 7:(a) … Read more

Praktis Sumatif 8 (Soalan 1 – 5) – Biologi Tingkatan 4 (KSSM) Bab 8

Soalan 1:Jelaskan mengapa sistem pengangkutan tidak diperlukan untuk mengangkut gas respirasi dalam serangga. Jawapan:Setiap sel dalam badan serangga dibekalkan dengan satu trakeol yang memasuki sel secara terus untuk membolehkan pertukaran gas berlaku. Soalan 2:Mengapakah peparu amfibia tidak secekap peparu manusia? Jawapan:Amfibia tidak mempunyai sangkar rusuk dan diafragma untuk membantu pengembangan dan pengecutan peparu. Soalan 3:Diafragma … Read more

Praktis Formatif 8.4 – Biologi Tingkatan 4 (KSSM) Bab 8

Soalan 1:Apakah kesan penyakit bronkitis kronik terhadap bronkiol? Jawapan:Bronkiol menjadi radang, bengkak dan tersumbat. Soalan 2:Jelaskan keadaan dinding bronkiol pesakit asma. Jawapan:Dinding bronkiol menjadi bengkak dan menebal. Bukaan tiub bronkiol menjadi kecil dan laluan udara menjadi sempit. Soalan 3:Bagaimanakah penggunaan alat sedut membantu seseorang pesakit asma bernafas? Jawapan:Alat sedut mengurangkan keradangan dan membuka laluan tiub … Read more

Praktis Formatif 8.3 – Biologi Tingkatan 4 (KSSM) Bab 8

Soalan 1:Apakah nilai tekanan separa oksigen dalam tekanan atmosfera? Jawapan:Tekanan separa oksigen ialah 160 mm Hg. Soalan 2:Dalam bentuk apakah karbon dioksida diangkut di dalam sistem peredaran darah manusia? Jawapan:Karbon dioksida diangkut dalam bentuk ion bikarbonat, asid karbonik dan karbaminohemoglobin. Soalan 3:Terangkan pengangkutan karbon dioksida dari kapilari peparu ke alveolus. Jawapan:• Setibanya di kapilari peparu, … Read more

Praktis Formatif 8.2 – Biologi Tingkatan 4 (KSSM) Bab 8

Soalan 1:Nyatakan fungsi spirakel dalam mekanisme pernafasan serangga. Jawapan:Spirakel merupakan liang udara yang menghubungkan struktur respirasi di dalam serangga dengan persekitaran luar. Soalan 2:Bagaimanakah otot abdomen membantu serangga bernafas? Jawapan:• Semasa tarikan nafas, otot abdomen mengendur dan injap spirakel terbuka. Ini menurunkan tekanan dalam trakea dan udara memasuki trakea melalui spirakel.• Semasa hembusan nafas, otot … Read more

Praktis Formatif 8.1 – Biologi Tingkatan 4 (KSSM) Bab 8

Soalan 1:Nyatakan ciri penyesuaian struktur respirasi manusia. Jawapan:• Bilangan alveolus yang banyak menyediakan luas permukaan peresapan gas yang besar.• Lapisan dalam alveolus sentiasa lembap untuk memudahkan gas respirasi larut.• Alveolus dilingkari jaringan kapilari darah yang banyak untuk mempercepatkan peresapan gas respirasi.• Dinding alveolus nipis setebal satu sel untuk peresapan gas yang mudah. Soalan 2:Terangkan bagaimana … Read more