Praktis Sumatif 8 (Soalan 1 – 3) – Biologi Tingkatan 5 (KSSM) Bab 8


Soalan 1:
Hierarki taksonomi bagi kucing domestik (Gambar foto 1) ditunjukkan dalam Jadual 1.


(a) Berdasarkan Jadual 1, apakah nama saintifik yang diberikan kepada kucing domestik?

(b) Dengan menggunakan jawapan anda pada soalan 1(a), terangkan sistem tatanama binomial yang diperkenalkan oleh Carolus Linnaeus.


Jawapan:
(a) Felis catus

(b) Dalam sistem tatanama binomial, kucing domestik diberikan satu nama yang terdiri daripada dua perkataan iaitu Felis catus. Perkataan pertama, iaitu Felis ialah nama genus bagi kucing, manakala perkataan kedua, iaitu catus ialah nama spesies bagi kucing.

Soalan 2:
Nadine telah menemukan dua spesies amfibia di sebuah hutan seperti yang ditunjukkan dalam Gambar foto 2. Kedua-dua amfibia ini mempunyai morfologi yang hampir serupa. Bagaimanakah Nadine dapat menentukan kedua-dua amfibia ini adalah daripada spesies yang sama atau spesies yang berlainan?




Jawapan:
Amfibia jantan dan amfibia betina daripada kedua-dua spesies diambil dan dibiarkan bersamasama. Sekiranya kedua-dua jantina berlainan daripada kedua-dua spesies boleh saling membiak, ini bermakna katak itu berasal daripada spesies yang sama. Jika kedua-dua jantina berlainan daripada kedua-dua spesies itu tidak boleh saling membiak, maka katak itu daripada spesies yang berlainan.

Soalan 3:
Gambar foto 3 menunjukkan sejenis kulat pada batang pokok.


(a) Kulat dahulunya dikelaskan sebagai tumbuhan. Namun kini kulat dikatakan lebih mirip kepada haiwan berbanding tumbuhan. Mengapakah kulat dikelaskan ke dalam alam yang tersendiri dan tidak dikategorikan ke dalam alam Plantae atau Animalia?

(b) Ramalkan keadaan yang akan berlaku dalam persekitaran kita jika kulat tiada.


Jawapan:
(a)
Kulat mempunyai dinding sel seperti sel tumbuhan. Walau bagaimanapun, kulat diperbuat daripada kitin dan bukannya selulosa. Kulat bukan autotrof atau fotosintetik dan tidak mempunyai klorofil. Kulat bukan holozoik seperti haiwan yang makan makanan kompleks. Kulat ialah parasit atau saprofit yang mencernakan makanan di luar hifa. Oleh kerana kulat bukan autotrof atau holozoik, kulat perlu dikategorikan ke dalam alam yang berbeza daripada Plantae dan Animalia.


(b)
Tanpa kulat, proses penguraian tidak dapat berlaku. Bahan-bahan organik yang mati akan bertimbun dan memenuhi persekitaran. Nutrien penting dalam organisma mati tidak akan dikembalikan kepada tanah untuk digunakan semula oleh tumbuhan. Maka, tumbuhan akan kekurangan nutrien.

Leave a Comment