Soalan 3:
Rajah 3 menunjukkan lengkung pertumbuhan sejenis tumbuhan yang hidup di kawasan iklim sederhana.
(a) Kenal pasti jenis tumbuhan dan nyatakan satu contoh tumbuhan yang mempunyai lengkung pertumbuhan seperti pada Rajah 3.
(b) Mengapakah terdapat perbezaan bentuk lengkung pertumbuhan pada minggu P dan Q?
(c) Rajah 4 menunjukkan peringkat-peringkat pertumbuhan dalam batang pokok eudikot.
(i) Namakan tisu Z.
(ii) Terangkan perkembangan tisu Z daripada peringkat K hingga peringkat L.
(iii) Ramalkan kesan yang akan berlaku kepada tumbuhan tersebut jika tisu Z gagal terbentuk.
Jawapan:
(a) Tumbuhan semusim. Contoh: Pokok tembikai
(b)
P: Berlaku penurunan jisim kering kerana makanan yang disimpan di dalam kotiledon digunakan untuk percambahan sebelum tumbuhnya daun untuk menjalankan fotosintesis.
Q: Berlaku peningkatan jisim kering. Kadar pertumbuhan meningkat dengan cepat. Hal ini adalah disebabkan tumbuhan sedang menjalankan proses fotosintesis. Hujung lengkung Q menunjukkan penurunan jisim kering kerana berlakunya proses penuaan.
(c)(i)
Tisu Z ialah kambium vaskular.
(c)(ii)
Kambium vaskular membahagi secara mitosis secara aktif. Sel-sel kambium vaskular bergabung untuk membentuk gelang yang lengkap.
(c)(iii)
Tumbuhan tersebut tidak mengalami pertumbuhan sekunder. Tiada pembentukan xilem sekunder dan floem sekunder. Batang tidak mengalami penambahan diameter. Tumbuhan tidak mendapat sokongan mekanikal. Kemungkinan jangka hayat tumbuhan pendek.