Praktis Sumatif 8 (Soalan 1 – 5) – Biologi Tingkatan 4 (KSSM) Bab 8


Soalan 1:
Jelaskan mengapa sistem pengangkutan tidak diperlukan untuk mengangkut gas respirasi dalam serangga.

Jawapan:
Setiap sel dalam badan serangga dibekalkan dengan satu trakeol yang memasuki sel secara terus untuk membolehkan pertukaran gas berlaku.

Soalan 2:
Mengapakah peparu amfibia tidak secekap peparu manusia?

Jawapan:
Amfibia tidak mempunyai sangkar rusuk dan diafragma untuk membantu pengembangan dan pengecutan peparu.

Soalan 3:
Diafragma seorang individu tidak dapat berfungsi lagi akibat satu kemalangan. Terangkan bagaimana keadaan ini memberi kesan kepada mekanisma pernafasan individu tersebut

Jawapan:
Pernafasan menjadi sukar kerana isi padu dan tekanan udara dalam rongga toraks tidak boleh ditambah dan dikurangkan.

Soalan 4:
Bagaimanakah peningkatan kadar denyutan jantung semasa keadaan cemas dapat membantu seseorang menghadapi keadaan cemas tersebut?

Jawapan:
Peningkatan kadar denyutan jantung dapat mengalirkan darah beroksigen ke sel dengan kadar yang lebih cepat. Ini membolehkan respirasi sel berlaku pada kadar yang lebih cepat bagi membekalkan tenaga tambahan yang diperlukan semasa berada dalam keadaan cemas. Pada masa yang sama, karbon dioksida dapat disingkirkan pada kadar yang lebih cepat.

Soalan 5:
(a) Seorang perokok tegar mudah mendapat batuk berterusan. Terangkan bagaimana keadaan ini boleh menjejaskan fungsi sistem respirasi.

(b) Huraikan satu penyakit lain yang mungkin dihidapi oleh perokok tegar tersebut.

(c) Terangkan kesan tar yang terkandung di dalam asap rokok terhadap perokok.


Jawapan:
(a)
• Haba daripada rokok mengeringkan dinding trakea dan merosakkan silium. Silium menghasilkan lebih banyak mukus.

• Batuk ialah tindakan refleks untuk menyingkirkan mukus. Asap rokok merosakkan alveolus, mengurangkan jumlah luas permukaan alveolus maka kurang pertukaran gas. Ini menyebabkan emfisema.

(b)
Kanser peparu akibat bahan karsinogen yang menyebabkan sel kanser tumbuh.

(c)
Tar mendap pada permukaan alveolus, menghitamkannya dan mengurangkan kecekapan pertukaran gas serta boleh menyebabkan kanser.

Leave a Comment