Praktis Sumatif 8 (Soalan 8 & 9) – Biologi Tingkatan 4 (KSSM) Bab 8


Soalan 8:
Sistem respirasi manusia dan belalang mempunyai struktur penyesuaian yang berlainan untuk memaksimumkan kadar pertukaran gas. Nyatakan persamaan dan perbezaan antara sistem respirasi manusia dengan sistem pernafasan belalang.

Jawapan:
Persamaan:
• Permukaan pernafasan adalah lembap untuk melarutkan oksigen untuk resapan.

• Permukaan respirasi adalah nipis supaya kadar resapan gas adalah cepat.

• Permukaan respirasi mempunyai nisbah jumlah luas permukaan kepada isi padu yang besar, yang membenarkan lebih banyak gas meresap melaluinya.


Perbezaan:


Soalan 9:
(a) Huraikan bagaimana udara dapat disedut masuk ke dalam peparu.

(b) Huraikan bagaimana satu molekul karbon dioksida diangkut dari sel badan ke alveolus untuk disingkirkan.


Jawapan:
(a)
• Udara disedut masuk apabila otot interkosta luar mengecut manakala otot interkosta dalam mengendur.

• Tindakan ini menyebabkan sangkar rusuk dinaikkan ke atas dan ke arah depan.

• Pada masa yang sama, otot diafragma mengecut, diafragma turun ke bawah dan menjadi mendatar.

• Isi padu rongga toraks bertambah manakala tekanan rongga toraks berkurang dan udara masuk ke dalam peparu kerana tekanan atmosfera yang lebih tinggi di luar.


(b)
• Tekanan separa CO2 yang tinggi dalam sel badan berbanding dengan tekanan separa CO2 dalam kapilari tisu menyebabkan CO2 meresap dari sel badan ke dalam plasma darah.

• Sebahagian kecil karbon dioksida dalam plasma adalah terlarut dan sebahagian lagi diangkut oleh hemoglobin.

• Kebanyakan karbon dioksida meresap ke dalam sel darah merah (eritrosit).

• Dalam eritrosit, karbon dioksida berpadu dengan air untuk membentuk asid karbonik (H2CO3).


• Asid karbonik (H2CO3) terurai kepada ion bikarbonat (HCO3) dan ion hidrogen.

• HCO3 meresap ke dalam plasma darah dan diangkut ke peparu. Ion HCO3 bergabung semula dengan H+ untuk membentuk asid karbonik (H2CO3).

• Asid karbonik kemudiannya terurai menjadi karbon dioksida dan air.

• Tekanan separa CO2 yang tinggi dalam kapilari peparu dan rendah dalam udara alveolus menyebabkan CO2 meresap dari kapilari peparu ke alveolus dan seterusnya dihembus keluar.

Leave a Comment