Soalan 1:
Nyatakan faktor yang menyebabkan seseorang menghidap penyakit diabetes insipidus.
Jawapan:
Lobus posterior kelenjar pituitari individu tersebut gagal merembeskan hormon antidiuresis (ADH).

Soalan 2:
Nyatakan dua simptom yang dialami oleh pesakit diabetes melitus.
Jawapan:
Penglihatan kabur dan luka lambat sembuh.

Soalan 3:
Goiter ialah penyakit yang menyebabkan pembesaran kelenjar tiroid. Pada pendapat anda, mengapakah pesakit goiter digalakkan makan makanan laut?
Jawapan:
Goiter berlaku kerana kelenjar tiroid tidak boleh menyediakan tiroksina yang mencukupi.
Ini mungkin disebabkan oleh kekurangan iodin kerana tiroksina mengandungi iodin.
Makanan laut mengandungi kandungan garam mineral iodin yang tinggi.
Oleh itu, pemakanan makanan laut yang lebih banyak dapat meningkatkan kandungan iodin untuk menghasilkan tiroksina.

Soalan 4:
Cadangkan rawatan untuk kanak-kanak yang terbantut pertumbuhan akibat kekurangan hormon pertumbuhan.
Jawapan:
Gen untuk hormon pertumbuhan manusia telah disisipkan dengan jayanya ke dalam bakteria Escherichia coli.
Ini membolehkan hormon dihasilkan dalam kuantiti yang banyak, diasingkan, serta ditulenkan untuk kegunaan komersial.
Kanak-kanak yang terbantut pertumbuhannya boleh disuntik dengan hormon pertumbuhan ini.