Soalan 2:
Gambar foto 1 menunjukkan pokok lidah buaya yang ditanam di dalam pasu.
(a) Nyatakan dua ciri yang dapat anda perhatikan pada pokok lidah buaya.
(b) Daripada ciri yang anda nyatakan pada soalan 2(a), kenal pasti jenis tumbuhan ini berdasarkan habitatnya.
(c) Terangkan ciri-ciri penyesuaian yang membolehkan pokok lidah buaya hidup subur di habitatnya.
(d) Sekiranya anda tinggal di negara beriklim sejuk, apakah tindakan yang dapat anda lakukan terhadap pokok lidah buaya dalam Gambar foto 1 bagi memastikannya terus hidup?
Jawapan:
(a) Dua ciri pada pokok lidah buaya: Berduri dan sukulen.
(b) Tumbuhan xerofit.
(c) Duri pada daunnya dapat melindungi pokok lidah buaya daripada menjadi makanan kepada haiwan. Daun sukulen dapat mengurangkan kehilangan air melalui penyejatan ke persekitaran.
(d) Bawa pokok lidah buaya masuk ke dalam rumah. Hal ini dilakukan demikian kerana akar pokok ini mudah mereput apabila terdedah kepada air yang banyak.

Soalan 3:
Sebuah hotel yang terletak berhampiran dengan pantai bercadang ingin membina landskap dengan gabungan elemen seperti tumbuhan, struktur dan batu-batan. Sebagai seorang arkitek landskap, pertimbangkan contoh tumbuh-tumbuhan yang sesuai untuk ditanam berhampiran dengan pantai dan wajarkan pemilihan tumbuhan yang tersebut.
Jawapan:
Pokok ru, pokok jelutong dan pokok kelapa. Hal ini dikatakan demikian kerana daun yang berbentuk jarum dan berpecah-pecah dapat mengurangkan rintangan angin seterusnya mengelakkannya tumbang apabila ditiup angin kencang. Daun yang berbentuk jarum dapat mengurangkan kehilangan air yang melampau akibat terdedah kepada keamatan cahaya yang tinggi.