Praktis Sumatif 5 (Soalan 1 & 2) – Biologi Tingkatan 5 (KSSM) Bab 5


Soalan 1:
Rajah 1 menunjukkan eksperimen untuk mengkaji gerak balas hujung pucuk dan hujung akar anak benih terhadap rangsangan cahaya matahari.


(a) Kenal pasti gerak balas yang ditunjukkan oleh hujung pucuk dan hujung akar terhadap cahaya.


(b) Pada Rajah 1, lukis pemerhatian terhadap hujung pucuk dan hujung akar selepas beberapa hari didedahkan kepada cahaya.

(c) Terangkan cara hujung pucuk dapat menunjukkan gerak balas seperti yang anda lukis pada soalan 1(b).

(d) Melalui teknik kultur tisu, satu biji benih dapat mengeluarkan banyak pucuk baharu. Pucuk-pucuk ini dipisahkan daripada induk dan dipindahkan ke medium yang mengandungi larutan kultur lengkap dengan kehadiran fitohormon tertentu. Pada pendapat anda, bagaimanakah fitohormon ini merangsang perkembangan pucuk menjadi anak pokok?


Jawapan:
(a)
Hujung pucuk: Gerak balas fototropisme positif

Hujung akar: Gerak balas fototropisme negatif

(b)


(c)
Tarikan graviti menyebabkan auksin berkumpul di bahagian bawah hujung pucuk. Kepekatan auksin yang tinggi pada hujung pucuk merangsang pemanjangan sel. Bahagian bawah pucuk dengan kepekatan auksin yang lebih tinggi memanjang lebih cepat daripada bahagian atas, menyebabkan pucuk tumbuh membengkok ke atas. Kepekatan auksin yang lebih tinggi di bahagian bawah akar merencat pemanjangan sel akar dan menyebabkan akar membengkok ke bawah.

(d)
Medium nutrisi yang digunakan mengandungi hormon sitokinin untuk menggalakkan perkembangan pucuk serta daun. Auksin digunakan bagi merangsang pertumbuhan akar.

Soalan 2:
Rajah 2 menunjukkan satu teknik penghasilan buah tanpa biji dengan tidak melibatkan proses pendebungaan. Teknik ini dijalankan dengan menggunakan fitohormon X.


(a) Namakan teknik ini.

(b) Namakan dua jenis buah yang dihasilkan melalui teknik yang anda namakan pada soalan 2(a).

(c) Berdasarkan Rajah 2, terangkan teknik yang anda namakan pada soalan 2(a).

(d) Adakah buah yang dihasilkan melalui teknik ini memberikan manfaat kepada pengguna? Jelaskan jawapan anda.


Jawapan:
(a) Partenokarpi.

(b) Tembikai dan anggur.

(c)
Auksin disembur pada bunga yang belum didebungakan lagi. Tindakan ini merangsang penghasilan buah tanpa biji tanpa perlu mengalami persenyawaan.

(d)
Ya. Buah tanpa biji yang dihasilkan lebih berkualiti kerana bersaiz lebih besar. Buah lebih selamat tanpa penggunaan racun perosak kerana tidak melibatkan serangga sebagai agen pendebungaan.

Leave a Comment