Praktis Sumatif 5 (Soalan 3 & 4) – Biologi Tingkatan 5 (KSSM) Bab 5


Soalan 3:
Etilena merupakan fitohormon yang wujud dalam bentuk gas, tanpa bau dan tidak dapat dilihat. Fitohormon ini mengawal kematangan buah.

(a) Puan Faridah meletakkan buah limau nipis muda bersama-sama dengan buah pisang masak di dalam sebuah bekas tertutup pada suhu bilik.

(i) Wajarkan tindakan Puan Faridah meletakkan buah-buahan tersebut di dalam bekas tertutup yang sama.


(ii) Ramalkan perubahan yang akan berlaku kepada buah limau tersebut. Terangkan jawapan anda.

(iii) Apakah yang akan berlaku kepada buah limau tersebut, sekiranya bekas tersebut diletakkan di dalam peti sejuk? Terangkan jawapan anda.

(b) Cadangkan satu kaedah yang dapat dilakukan pada buah-buahan yang akan dieksport agar pemasakan buah diperlahankan semasa dalam perjalanan. Wajarkan tindakan yang anda cadangkan.


Jawapan:
(a)(i)
Cara ini dapat mempercepat pemasakan buah limau.

(a)(ii)
Kulit buah limau bertukar warna daripada hijau kepada warna kuning dan buah limau menjadi lebih lembut. Buah pisang membebaskan etilena. Etilena menghilangkan warna hijau pada kulit buah limau dengan merangsang penguraian klorofil (pigmen hijau) pada kulit buah limau. Etilena juga merangsang enzim selulase menghidrolisiskan dinding sel buah limau menyebabkan buah limau menjadi lembut.

(a)(iii)
Buah limau akan menjadi lambat masak. Suhu yang rendah menyebabkan enzim menjadi tidak aktif dan pemasakan buah menjadi tidak aktif.


(b)
Kaedah pertama – Buah-buahan yang dieksport perlu dibungkus secara vakum. Penyingkiran udara atau oksigen menghalang penghasilan etilena. Maka, pemasakan buah dalam perjalanan dapat diperlahankan.

Kaedah kedua – Meletakkan buah-buahan tersebut di dalam peti sejuk. Dengan merendahkan suhu, pemasakan buah dapat diperlahankan.

Soalan 4:

Gambar foto 1 menunjukkan proses pendebungaan oleh serangga di ladang buah-buahan yang diusahakan oleh anda. Anda mendapati buah yang terhasil dicemari dengan racun serangga pada kepekatan yang tinggi. Sebagai seorang pengusaha ladang buah-buahan, terangkan bagaimana anda dapat mengatasi masalah tersebut dan langkah-langkah untuk meningkatkan kualiti buah- uahan dari ladang.


Jawapan:
Untuk mengelakkan penggunaan racun serangga, pastikan tiada serangga terlibat dalam proses pendebungaan. Buah dapat dihasilkan melalui kaedah partenokarpi. Hormon auksin disembur pada stigma bunga bagi merangsang ovari berkembang menjadi buah tanpa melibatkan proses persenyawaan. Buah yang bersaiz besar tanpa biji dengan isi yang lebih banyak dapat dihasilkan.

Leave a Comment