Aktiviti 2.3:
Tujuan
Menjalankan penyiasatan untuk mengasingkan pigmen-pigmen fotosintesis di dalam daun dengan menggunakan kromatografi kertas
Bahan: Daun pokok ati-ati/ daun pandan/ daun bayam merah, pasir halus, aseton 80%, pelarut (satu bahagian aseton dan sembilan bahagian eter petroleum), lidi, kertas turas, pensel
Radas: Bekas kaca, pembaris, lesung dan alu
Prosedur
1. Tumbuk dua helai daun pokok ati-ati/ daun pandan/ daun bayam merah bersama-sama aseton 80% dan sedikit pasir menggunakan lesung serta alu sehingga ekstrak daun menjadi agak pekat.
2. Sediakan sekeping kertas turas berukuran 3 cm x 15 cm.
3. Buat satu garis dengan jarak 1.5 cm dari hujung kertas turas secara mendatar menggunakan pensel.
4. Pindahkan titisan ekstrak daun ke tengah garisan pensel dan keringkan.
5. Ulangi langkah 4 sebanyak sepuluh kali untuk mendapatkan titik ekstrak yang pekat pada kertas turas.
6. Celupkan hujung kertas turas ke dalam bekas kaca yang mengandungi pelarut pada ketinggian 1 cm (Rajah 2.17).
7. Biarkan kertas turas kering seketika dan perhatikan perubahan.
8. Tandakan kedudukan setiap pigmen yang kelihatan pada kromatogram.
Perbincangan
1. Apakah fungsi pelarut dalam aktiviti ini?
2. Mengapakah pasir halus digunakan untuk menyediakan ekstrak daun?
3. Bagaimanakah pigmen-pigmen fotosintesis di dalam daun dapat diasingkan menggunakan kaedah kromatografi?
Jawapan:
1. Melarutkan klorofil
2. Memecahkan sel-sel daun untuk mengekstrak klorofil dengan mudah.
3. Berdasarkan nilai Rf, iaitu nisbah jarak yang dilalui oleh pigmen kepada jarak yang dilalui oleh pelarut sepanjang kromatogram