Soalan 13:
Rajah 4 menunjukkan satu organisma unisel yang tinggal di dalam kolam air tawar.
(a) Terangkan fungsi X dalam pengosmokawalaturan.
(b) Ramalkan apa yang akan berlaku sekiranya sesuatu sel tidak mempunyai jasad Golgi. Terangkan jawapan anda.
(c) Bagi setiap sel berikut, terangkan hubungan antara struktur dengan fungsinya.
Jawapan:
(a)
• X ialah vakuol mengecut yang mengawal kandungan air dalam organisma unisel.
• Air berlebihan dalam sel memasuki vakuol mengecut secara osmosis.
• Ini menyebabkan vakuol mengecut mengembang.
• Vakuol tersebut seterusnya mengecut untuk menyingkirkan air daripada organisma.
(b)
Sekiranya sesuatu sel tidak mengandungi jasad Golgi, protein daripada jalinan endoplasma kasar:
• tidak boleh diproses dan dimodifikasi
• tidak boleh diasingkan mengikut destinasi masing-masing
• tidak boleh dibungkus ke dalam vesikel Dengan itu, protein tidak boleh diangkut ke bahagian sel yang lain atau dirembes oleh sel sebagai enzim ekstrasel.
(c)(i)
• Sel P ialah sel akar rambut.
• Sel akar rambut ialah sel epidermis yang normal dengan unjuran yang panjang.
• Ini membenarkan akar rambut untuk menyusup antara butiran tanah untuk menghampiri air yang mengelilingi butiran tanah ini.
• Unjuran yang panjang dan sempit menambahkan jumlah luas permukaan sel untuk penyerapan air dan garam mineral. Membran plasma yang separa telap dan nipis membenarkan air meresap masuk ke dalam sitoplasma secara osmosis.
(c)(ii)
• Sel Q ialah sel darah merah. Sel darah merah tidak mengandungi nukleus. Ia berbentuk dwicekung dan leper.
• Ini menambah jumlah luas permukaan sel dan membenarkan oksigen untuk meresap dengan kadar yang lebih cepat ke dalam sel.
• Sel darah merah adalah elastik. Ini membenarkan sel bergerak melalui kapilari darah yang sangat sempit.
• Sel darah merah juga mengandungi pigmen merah dikenali sebagai hemoglobin yang mengangkut oksigen ke seluruh badan

Soalan 14:
Banyak kanser bermula dengan tisu epitelium. Ini termasuk kanser peparu, kanser kolon dan kanser kulit. Apakah dua sifat tisu ini yang menyebabkan kanser berlaku?
Jawapan:
• Tisu epitelium yang melapik peparu, kolon atau yang terdapat pada kulit merupakan lapisan paling luar kulit atau organ tersebut. Oleh itu, tisu epitelium merupakan tisu yang paling awal terdedah kepada sebarang bahan yang boleh menyebabkan kanser berbanding dengan tisu lain.
• Faktor kedua ialah kadar pembahagian sel yang tinggi dalam sel epitelium bermakna lebih banyak mutasi berkemungkinan berlaku secara spontan akibat kesilapan semasa replikasi DNA.
• Kedua-dua faktor ini menyebabkan kanser lebih mudah berlaku dalam tisu epitelium.

Soalan 15:
Kerosakan tisu cakera rawan di antara vertebra tulang belakang sukar untuk dibaiki sendiri oleh sel. Apakah teknologi terkini yang boleh digunakan untuk membentuk tisu rawan yang baharu?
Jawapan:
Sel tisu rawan baharu dapat dijana melalui penyuntikan sel stem embrionik ke bahagian sel cakera rawan yang rosak. Anda boleh melayari https://www.regenexx.com/stem-cell-disc-treatment/ untuk melihat bagaimana prosedur ini dilakukan.