Praktis Sumatif 3 (Soalan 6 & 7) – Biologi Tingkatan 4 (KSSM) Bab 3


Soalan 6:
Rajah 2 menunjukkan sejenis pergerakan bahan merentasi membran plasma. Huraikan bagaimana ion kalsium dalam Rajah 2 diangkut ke luar sel.




Jawapan:
• Pergerakan ion adalah menentang kecerunan kepekatan.

• Protein pembawa bergabung dengan ion kalsium.

• ATP membekalkan tenaga kepada protein pembawa.

• Protein pembawa yang bertenaga berubah bentuk dan ion kalsium diangkut merentasi protein pembawa ke luar sel.

Soalan 7:
Satu kajian tentang kesan kepekatan larutan garam yang berlainan dijalankan bagi sel darah merah manusia. Setitis darah dititiskan ke dalam tiga tabung uji A, B dan C yang mengandungi kandungan larutan yang berlainan. Tabung uji A mengandungi larutan natrium klorida 4.5%, tabung uji B mengandungi air suling manakala tabung uji C mengandungi larutan natrium klorida 0.85%. Ketiga-tiga tabung uji dibiarkan selama 30 minit.

(a) Terangkan keadaan larutan yang dapat diperhatikan bagi setiap tabung uji selepas 30 minit.

(b) Huraikan pemerhatian yang anda peroleh bagi tabung uji A dan B.

(c) Lukiskan bentuk sel darah merah bagi setiap tabung uji apabila dilihat menerusi mikroskop.

(d) Cadangkan satu kepekatan larutan yang sesuai untuk menyimpan sel darah merah. Beri justifikasi bagi jawapan anda.


Jawapan:
(a) Satu mendapan terbentuk di dasar tabung A dan C manakala keseluruhan larutan dalam tabung B kelihatan merah muda.

(b)
• Bagi tabung A, larutan natrium klorida 4.5% adalah hipertonik terhadap bendalir sel darah merah. Air akan meresap keluar dari sel secara osmosis menjadikan sel mengecut (sel mengalami krenasi) dan mendap ke dasar tabung didih.

• Bagi tabung B, air suling adalah hipotonik terhadap bendalir sel darah merah. Air akan memasuki sel secara osmosis menyebabkan sel darah merah mengembang, pecah dan membebaskan pigmen merah hemoglobin dan kandungan sel ke dalam larutan (sel mengalami hemolisis).

• Pigmen merah ini menyebabkan larutan kelihatan merah muda.


(c)



(d) Larutan natrium klorida 0.85% kerana larutan ini adalah isotonik terhadap bendalir sel darah merah. Sel tidak berubah bentuk dan masih kelihatan dwicekung.


Leave a Comment