Soalan 1:
(a) Adakah salur xilem merupakan struktur hidup atau struktur mati? Berikan satu sebab bagi jawapan anda.
(b) Apakah fungsi utama salur xilem? Nyatakan tiga cara penyesuaian struktur salur xilem dengan fungsinya.
(c) Bagaimanakah penyesuaian akar tumbuhan dikatakan sama dengan penyesuaian dinding usus kecil manusia dalam penyerapan nutrien? Jelaskan.
(d) Racun serangga jenis sistemik dapat diserap dan diangkut ke seluruh bahagian tumbuhan. Adakah menyembur racun serangga jenis sistemik secara terus ke atas daun tumbuhan dapat membunuh serangga seperti afid yang memakan pucuk tumbuhan? Jelaskan.
Jawapan:
(a) Struktur mati apabila matang kerana sel ini berongga dan tidak mempunyai sitoplasma.
(b)
Mengangkut air dan garam mineral yang diserap oleh akar ke batang dan daun.
Penyesuaian:
• Berongga bagi membolehkan pergerakan air
• Dinding ditebalkan oleh lignin untuk memberikan sokongan dan mengelakkannya daripada ranap
• Tersusun memanjang dari hujung ke hujung untuk membenarkan pergerakan berterusan air
(c) Rambut akar yang sangat banyak meningkatkan luas permukaan resapan air menyamai unjuran vilus pada dinding di dalam usus kecil yang sangat banyak bagi meningkatkan luas permukaan resapan nutrisi daripada makanan yang dicernakan.
(d) Racun serangga jenis sistemik meresap ke dalam tumbuhan. Apabila serangga makan dan menghadam tumbuhan tersebut, bahan kimia yang mengandungi racun akan membunuhnya.

Soalan 2:
Hasil fotosintesis seperti sukrosa diangkut oleh floem melalui translokasi dari daun ke bahagian lain seluruh tumbuhan seperti biji benih, buah, akar dan umbisi.
(a) Terangkan laluan molekul sukrosa yang diangkut dari daun ke bahagian yang lain seperti buah.
(b) Rancang satu eksperimen menggunakan serangga perosak afid untuk membuktikan bahawa translokasi sukrosa dan asid amino berlaku di floem.
Jawapan:
(a) Sukrosa dari daun bergerak merentasi sel-sel rakan ke tiup tapis. Hal ini mengurangkan keupayaan air di dalam tiub tapis. Air meresap masuk ke dalam tiub tapis secara osmosis dan meningkatkan tekanan hidrostatik di dalam tiub tapis. Kandungan floem merentasi liang-liang pada plat tapis di sepanjang floem ke bahagian lain seperti buah dan umbisi.
(b)
1. Dedahkan sebatang pokok keembung di bawah cahaya matahari selama satu jam.
2. Letakkan seekor afid pada batang muda pokok tersebut.
3. Dengan menggunakan kanta pembesar, perhatikan afid.
4. Dengan menggunakan pisau, potong bahagian badan afid daripada stylet sebaik sahaja stylet dibenamkan ke dalam floem.
5. Letakkan slaid kaca di hujung stylet untuk mengumpul cecair yang dirembes.
6. Perhatikan cecair tersebut dengan menggunakan mikroskop cahaya