Soalan 8:
Nyatakan persamaan dan perbezaan antara resapan ringkas dengan osmosis.
Jawapan:
Persamaan:
• Tidak memerlukan tenaga metabolisme.
• Berlaku sehingga keseimbangan tercapai, iaitu apabila molekul tersebar dengan sama rata ke semua kawasan.
• Berlaku apabila terdapat perbezaan kepekatan atau kecerunan kepekatan.
Perbezaan:
• Resapan ringkas melibatkan pergerakan sebarang molekul manakala osmosis melibatkan pergerakan molekul air.
• Resapan ringkas tidak perlu berlaku melalui membran telap memilih manakala osmosis perlu berlaku melalui membran telap memilih.

Soalan 9:
(a) Sesetengah suri rumah merendam sayur-sayuran dalam larutan garam sebelum dimasak supaya racun serangga dan ulat dapat dihapuskan.
(i) Huraikan mengapa sayur-sayuran yang direndam terlalu lama dalam larutan garam akan menjadi layu.
(ii) Cadangkan satu cara untuk mengembalikan kesegahan sayur-sayuran tersebut.
(b) Huraikan secara lengkap bagaimana molekul asid amino diangkut merentasi membran plasma.
(c) Krim kosmetik yang mengandungi liposom dikatakan lebih berkesan dalam penjagaan kulit. Berikan penilaian anda mengenai pernyataan ini.
Jawapan:
(a)(i)
• Sayur-sayuran yang direndam terlalu lama dalam larutan garam akan layu kerana larutan garam yang hipertonik terhadap sap sel sayur–sayuran menyebabkan air meresap keluar dari sel secara osmosis.
• Sel tumbuhan mengalami plasmolisis.
• Sayur menjadi layu.
(a)(ii)
• Untuk mengembalikan kesegahan, sayur–sayuran tersebut direndam semula dalam air.
• Air dari persekitaran luar akan masuk semula ke dalam sel sayur-sayuran dan kesegahan sel dipulihkan.
(b)
• Molekul asid amino diangkut merentasi membran plasma melalui proses resapan berbantu.
• Molekul asid amino diangkut dari kawasan berkepekatan tinggi ke kawasan berkepekatan rendah, iaitu mengikut kecerunan kepekatan dengan bantuan protein pembawa.
• Molekul asid amino akan bergerak ke arah protein pembawa dan bergabung dengan tapak protein pembawa.
• Protein pembawa berubah bentuk untuk membolehkan molekul asid amino bergerak merentasi protein pembawa ke dalam sel.
• Selepas itu, protein pembawa akan kembali kepada bentuk asal dan bersedia untuk mengangkut molekul asid amino yang lain.
(c)
• Liposom ialah vesikel yang mengandungi larutan akues dikepung oleh membran yang terdiri daripada fosfolipid.
• Liposom digunakan untuk mengangkut bahan aktif dalam bahan kosmetik ke dalam lapisan epidermis kulit.
• Liposom akan mengangkut bahan aktif krim penjagaan kulit menembusi sehingga ke dalam lapisan epidermis bawah supaya tindakan bahan aktif menjadi lebih berkesan.
• Tanpa liposom, bahan aktif yang terdapat dalam krim penjagaan kulit, misalnya vitamin C, mudah dioksidakan.