Soalan 10:
Anda bekerja dalam syarikat yang menghasilkan produk minuman untuk kumpulan atlet berlainan. Kepekatan karbohidrat yang disyorkan untuk produk minuman adalah seperti berikut: Ahli gimnastik:1–3%; pelari jarak sederhana: 6–8%; dan pemain bola sepak:10–12%.
Beri justifikasi untuk kepekatan produk minuman yang telah anda hasilkan
Jawapan:

Soalan 11:
Kadar pergerakan bahan P dan bahan S merentasi membran plasma ditunjukkan dalam graf Rajah 3 dan 4.
(a) Beri satu contoh bahan P dan terangkan bagaimana bahan P bergerak merentasi membran plasma.
(b) Bandingkan pergerakan bahan P dan bahan S merentasi membran plasma.
Jawapan:
(a)
• Satu contoh bahan P ialah vitamin A /asid lemak/gliserol/steroid.
• Graf menunjukkan bahawa apabila kepekatan bahan P meningkat, kadar pergerakan bahan P merentasi membran plasma juga meningkat.
• Bahan P bergerak merentasi membran plasma secara resapan ringkas.
• Pergerakan bahan P adalah mengikut kecerunan kepekatan.
• Bahan P larut dalam lipid dan bergerak merentasi dwilapisan fosfolipid dengan bebas.
(b)
Persamaan:
• Kedua-dua bahan P dan bahan S bergerak mengikut kecerunan kepekatan.
• Kedua-duanya bergerak tanpa tenaga.
Perbezaan:
• Graf dalam Rajah 4 menunjukkan kadar pergerakan bahan S meningkat sehingga mencapai satu tahap kepekatan tertentu dan menjadi malar. manakala graf dalam Rajah 3 menunjukkan bahawa kadar pergerakan bahan P meningkat seiring dengan peningkatan kepekatan P.
• Bahan S memerlukan protein pembawa manakala bahan P tidak memerlukan protein pembawa untuk bergerak merentasi membran plasma.
• Molekul P boleh larut lipid, molekul S tidak larut lipid.
• Pergerakan bahan P adalah secara resapan ringkas manakala pergerakan bahan S adalah secara resapan berbantu.