Soalan 5:
Rajah 1 menunjukkan suatu sel yang berada di peringkat M dalam kitar sel. Lukiskan kedua-dua sel yang akan terbentuk sekiranya kromosom P tidak berpisah.
Jawapan:

Soalan 6:
Rajah 2 menunjukkan set lengkap kromosom seorang individu.
(a) Nyatakan penyakit genetik yang dihidapi oleh individu tersebut.
(b) Terangkan bagaimana individu ini boleh menghidapi penyakit genetik tersebut.
Jawapan:
(a) Sindrom Down
(b) Kromosom homolog nombor ke-21 gagal berpisah akibat tak disjunksi yang berlaku semasa anafasa I. Gentian gelendong gagal terbentuk

Soalan 7:
Sel kanser terbentuk selepas sel normal terdedah kepada faktor Y.
(a) Terangkan pembentukan sel kanser.
(b) Nyatakan dua contoh faktor Y yang menyebabkan pembentukan sel kanser.
(c) Nyatakan dua cara untuk mengelakkan perkembangan sel kanser
Jawapan:
(a) Sel kanser terbentuk apabila mutasi berlaku di dalam DNA satu sel normal. Ini menyebabkan pembahagian sel secara mitosis berlaku dengan cepat tanpa kawalan.
(b) Sinaran ion bertenaga tinggi seperti sinar-X dan sinar gama. Bahan karsinogen seperti benzena dan karbon tetraklorida.
(c)
Hindarkan diri daripada terdedah kepada sinaran radioaktif.
Elakkan daripada makan makanan yang mempunyai bahan karsinogen.

Soalan 8:
Perkembangan dalam bidang kultur tisu tumbuhan telah membolehkan ahli sains meningkatkan kualiti dan kuantiti sesuatu tanaman. Para ahli sains di Malaysia telah berjaya mempatenkan produk yang boleh disembur pada pokok orkid bagi membantu mengatasi jangkitan yang disebabkan oleh virus. Cabang bioteknologi ini dikenali sebagai teknologi RNA interference. Pada pendapat anda, bolehkah teknologi semburan ini diguna pakai untuk semua organisma sebagai perlindungan daripada jangkitan penyakit?
Jawapan:
RNA interference merupakan mekanisme sel yang wujud secara semula jadi dan berfungsi untuk menghentikan aktiviti gen. Mekanisme ini secara tidak langsung menjejaskan pembentukan protein. Organisma hidup mempunyai mekanisme ini sebagai sistem pertahanan terhadap serangan virus. Teknologi RNA interference mengaplikasikan pengetahuan ini dengan menghasilkan RNA yang spesifik untuk tujuan menghentikan aktiviti gen yang tertentu. Teknologi ini bukan hanya terbatas kepada tumbuhan orkid sahaja malahan secara teorinya, boleh diguna pakai bagi semua jenis organisma.