SPM 2023 Biologi Kertas 2 (Kertas Sebenar) – Bahagian C Soalan 11


Soalan 11:
(a) Rajah 11.1 menunjukkan sebahagian sistem pencernaan manusia. Terdapat dua jenis pencernaan yang berlaku dalam organ X.


Terangkan bagaimana makanan dicernakan dalam organ tersebut. [3 markah]


(b) Rajah 11.2 menunjukkan pakej yang ditawarkan di sebuah hospital. Pakej ini melibatkan pembedahan pada organ tertentu dalam sistem pencernaan.


(i) Wajarkan kebaikan dan keburukan bagi kaedah dalam Rajah 11.2. [6 markah]

(ii) Cadangkan kaedah lain untuk mengatasi obesiti tanpa melalui pembedahan. [7 markah]


(c) Maklumat berikut menunjukkan tiga tabiat pemakanan yang tidak baik. 


Cadangkan bagaimana anda dapat membantu individu yang mempunyai tabiat pemakanan yang tidak baik itu. [4 markah]


Jawapan:
(a) 
1. Pencernaan fizikal// Pemecahan makanan secara mekanikal
– Melibatkan proses pengunyahan berlaku/ tindakan gigi
– Meningkatkan luas permukaan

2. Pencernaan kimia // Proses penguraian molekul kompleks kepada molekul ringkas
– Mengandungi enzim amilase liur
– Amilase mencerna kanji kepada maltosa


(b)(i)
Kebaikan:
– Saiz perut dikecilkan// Sebahagian usus dipintas
– Cepat rasa kenyang/ Kurang pengambilan makanan
– Mengurangkan pencernaan makanan
– Mengurangkan penyerapan makan tercerna/ nutrien/ kalori
– Mengurangkan pembentukan lemak// Lebih lemak dibakar
– Tidak perlu mengambil ubat-ubatan/ bahan kimia
– BMI normal// Atasi masalah diabetes melitus/ penyakit kardiovaskular

Keburukan:
– Esofagus mengembang// Ulser perut
– Aras gula darah rendah// Malnutrisi
– Muntah/ Loya/ Refluks asid/ Pening// Masalah penyahtinjaan/ Lesu
– Tidak boleh makan beberapa jenis makanan
– Risiko jangkitan
– Kos tinggi


(b)(ii)
Tabiat pemakanan:
– Amalan Pinggan Sihat Malaysia// Diet suku-suku separuh// Mengambil makanan rendah indeks glisemik// Khidmat nasihat dari pakar pemakanan

– Mengurangkan pengambilan lipis/ karbohidrat// Contoh menu seperti ayam rebus/ beras perang

– Mengambil protein/ air secukupnya

– Mengurangkan jumlah kalori dalam diet

– Meningkatkan pengambilan buah-buahan/ sayuran/ serat

– Mengamalkan masa makan yang teratur/ Elakkan makan lewat malam

– Elakkan pengambilan makanan rapu / terproses

Gaya hidup:
– Kerap senaman/ Gaya hidup aktif
– Lebih banyak lemak dibakar
– Elakkan pengambilan alkohol/ stress/ tidur lewat
– Dapat mengurangkan pengambilan makanan berlebihan


(c)
– Berjumpa pakar psikiatri/ Kaunselor

– Untuk mendapatkan sesi kaunseling// Mengambil ubat // Saya memberi sokongan moral

– Berjumpa terapi pemakanan // jurulatih kecergasan

– Untuk mendapatkan terapi pemakanan// Mengamalkan gizi seimbang/ senaman yang betul // Saya menasihati untuk mengambil gizi seimbang/ senaman yang betul

– Mengembalikan BMI normal

– Saya menyebarkan maklumat/ Kempen kesedaran kepada masyarakat


Leave a Comment