SPM 2023 Biologi Kertas 2 – Soalan 10


Soalan 10:
(a)(i) Rajah 10.1 menunjukkan aktiviti suatu organisma. 


Terangkan peranan organisma tersebut dalam membantu pemindahan gamet bunga tersebut. 
[2 markah]

(ii) Rajah 10.2 menunjukkan perkembangan embrio dalam suatu tumbuhan. Zigot membahagi secara mitosis untuk membentuk sel basal dan sel terminal.


Ramalkan apa yang akan berlaku terhadap perkembangan biji benih sekiranya struktur T gagal terbentuk.
[4 markah]

(iii) Rajah 10.3 menunjukkan keratan memanjang buah mangga. 


Terangkan kepentingan biji benih untuk kemandirian spesies pokok mangga.
[4 markah]

(b) Rajah 10.4 menunjukkan keratan memanjang sekuntum bunga. P dan Q merupakan hasil daripada proses yan berlaku di struktur M dan N.


Banding bezakan:
– Struktur M dengan struktur N
– Proses penghasilan P dengan proses penghasilan Q
[10 markah]

Jawapan:
(a)(i)
1: Burung ialah agen pendebungaan

2: Memindahkan debunga/ gamet jantan// Pendebungan berlaku

3: Dari anter ke stigma

(a)(ii)
1: Sel yang kecil/ terminal berkembang menjadi embrio 

2: Apabila sel yang besar/ basal tidak berkembang menjadi penggantung/ T

3: Embrio tidak dapat ditambat pada dinding pundi embrio// Penambat embrio pada dinding pundi embrio tidak terbentuk

4: Nutrien / hormon tidak dapat dibekalkan kepada embrio. 

5: Embrio tidak berkembang kepada daripada plumul, radikel dan kotiledon// Perkembangan embrio terencat 

6: Perkembangan biji benih tidak sempurna/ cacat/ terbantut 

(a)(iii)
1: Biji benih mempunyai kotiledon / Tisu endosperma

2: Membekalkan nutrien/ tenaga kepada embrio semasa percambahan

3: Biji benih diselaputi oleh testa yang kuat/ keras / kalis air// Struktur dorman

4: Untuk mengelakkannya daripada rosak/membolehkan biji benih disimpan dalam jangka masa yang lama 

5: Biji benih mengandungi struktur embrio// untuk membiak 

6: Bercambah untuk membentuk anak benih// bilangan pokok mangga bertambah

7: Biji benih diselaputi oleh tisu berspan/ buah 

8: Mudah dipencarkan/ disebarkanke tempat lain 

9: Biji benih membawa maklumat genetik//untuk beradaptasi 

10: Diturunkan dari satu generasi ke satu generasi 

(b)
PERSAMAAN M dan N SIMILARITIES M and N
F1: Organ pembiakan
F2: Pada bunga yang sama

PERBEZAAN M dan N

PERSAMAAN Proses penghasilan P dan Q
1: Bermula dengan sel induk yang diploid// Terlibat dalam penghasilan gamet haploid

2: Melibatkan proses meiosis 

3: Melibatkan proses mitosis 

Leave a Comment